Salam Aidil Fitri 2024
Maktabah Buku
Eye On Palestine





Indeks

1.
Pengenalan
    Mengapa isu Palestin perlu berada di dalam jiwa seorang muslim?

    Realitinya, isu Palestin sejak dulu sehingga kini wajar dijadikan isu utama kepada seluruh masyarakat Arab dan muslim seantero dunia di atas tiga faktor utama:

    Pertamanya, kesucian Palestin dan hubungan jiwa yang terjalin antara umat Islam dengan tanah suci itu. Kedua, kebencian yang berakar umbi, sejarah hitam dan ideologi kebencian Yahudi Zionis terhadap Islam dan masyarakat muslim. Ketiga, perluasan empayar Barat-Yahudi yang menekan umat Islam demi menjadikan umat Islam lemah dan berpecah-belah serta menjadi satu entiti terasing di bawah telunjuk kuasa besar.

    Pendudukan Yahudi di bawah panji negara Israel pada tahun 1948 di Palestin, tanah yang mendapat tempat di hati ummah muslim, perluasan ketenteraan dan politik kezaliman yahudi telah mengundang kepayahan kepada umat islam yang terpaksa berjuang bermati-matian ke arah kebebasan, penyatuan ummah dan mengembalikan kegemilangan sejarah islam suatu masa dahulu. Seterusnya menjalankan tanggungjawab asasi sebagai khalifah di bumi Allah. Hakikat ini merupakan satu cabaran besar dan getir dalam sejarah Islam yang perlu ditangani oleh setiap individu muslim.

    Mengapa setiap individu perlu mengambil berat isu Palestin?

    Tidak dapat dinafikan, persoalan mengenai Palestin terlalu reflektif, mendalam dan terlalu sukar untuk digarap oleh dimensi kemanusiaan. Ia menggambarkan airmata pihak yang dizalimi di muka penceroboh. Ia mendedahkan ketidakadilan layanan dan perbezaan taraf dalam undang-undang antarabangsa yang baru. Kewujudan entiti Zionis di Palestin, pengumpulan senjata untuk pemusnahan berkelompok termasuk 200 senjata nuklear akan terus menjadi ancaman kepada keamanan dunia dan sekaligus menjadi pencetus kepada Perang Dunia ke-3.
2.
Tanah
    Nama Palestin diberikan kepada bahagian Barat Daya Bilad al-Sham (Syria), terletak di Asia Barat dan timur Mediterranean. Ia terletak di tengah-tengah laluan antara Asia dan Afrika, kedua-duanya merupakan kawasan masyarakat muslim. Palestin dapat ditentukan dengan kedudukannya yang hampir dengan Eropah.

    Ia terletak di sempadan utara Lubnan menghadap timur laut Syria dan timur Jordan serta ke arah selatan Mesir. Keluasan Palestin mengikut sempadan yang terlukis pada hari ini adalah 27,009 km persegi.

    Bukti sejarah kuat mengatakan bahawa penempatan manusia di Palestin bermula sejak zaman dahulu kala. Tanah itu turut menjadi saksi perubahan tamadun manusia dari mengusahakan ternakan lembu kepada pertanian. Bandar tertua di dunia, Jericho turut ditemui di timur laut Palestin pada tahun 8,000 sebelum Masihi.

    Antara klasifikasi terawal di Palestin adalah Ard Can'aan (Tanah Can'aan) yang dinamakan sempena penghijrahan masyarakat Can'aan dari tanah Arab ke kawasan itu kira-kira 2,500 tahun sebelum Masihi. Nama Palestin diambil sempena nama masyarakat maritim (Philistines) yang telah bermigrasi dari Asia Barat Minor dan Sungai Agean ke tanah suci itu pada 12 abad sebelum Masehi. Mereka menetap di kawasan pesisiran pantai, namun mereka telah berhijrah ke kawasan penduduk Can"aan dan nama mereka dikekalkan.
3.
Iklim
    Palestin diliputi cuaca Mediterranean yang sederhana dan kondusif untuk menjalani kehidupan seharian dan bercucuk tanam.

    Tanah Palestin boleh dibahagikan kepada tiga sektor utama:
    - Kawasan pesisiran pantai
    - Kawasan tengah yang bergunung-ganang, dan
    - Semenanjung Jordan.

    Dengan kewujudan beberapa buah pelabuhan komersil, pertanian dan pusat ekonomi, kawasan persisiran pantai menjadi kawasan paling popular di antara semua.

    Kawasan gunung-ganang termasuk Al-Naqab (Negev) dan Al-Jalil (Galilee), Nablus (Samaria) dan Al-Khalil (Hebron) sementara yang tertinggi, Gunung Al-Jarmaq (Meron) setinggi 1,207 meter terletak di utara Palestin. Sejak dahulu kala lagi penduduk Palestin tinggal di kawasan pergunungan ini, menternak haiwan dan mengusahakan beberapa jenis tanaman, sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Kawasan Semenanjung Jordan, di mana Sungai Jordan mengalir dari Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia iaitu sebanyak 400 meter di bawah paras laut. Udara yang lembab sepanjang tahun menjadikan kawasan itu subur untuk tanaman palma, pisang dan sayur-sayuran.
4.
Penduduk
    Masyarakat tertua yang menduduki Palestin dan mengukir sejarah di sana adalah golongan "Canaanites". Mereka datang dari Semenanjung Tanah Arab kira-kira 4,500 tahun yang lampau. Justeru tanah Palestin dulunya dikenali sebagai "Tanah Can'aan". Pakar sejarah mengesahkan bahawa kebanyakan penduduk Palestin hari ini adalah dari keturunan Canaanites, Amorites, Philistines dan pedagang Arab yang tinggal di sana sebelum dan selepas kedatangan Islam.

    Meskipun Palestin pernah diperintah oleh pelbagai golongan pemerintah, namun masyarakat peribuminya tinggal di kawasan itu dengan aman tanpa sebarang gangguan. Kebanyakan mereka telah memeluk agama Islam dan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa ibunda mereka sejajar dengan kedatangan Islam.

    Lantaran itu, identiti Islam di Palestin telah wujud untuk jangka masa yang panjang sejak kedatangan Islam pada tahun 636 Masihi - 15 tahun selepas Hijrah sehingga tahun 1948 - di mana kebanyakan penduduk Palestin telah diusir keluar akibat pendudukan Zionis.
5.
Kronologi Palestin
    - 2,500 sebelum Masihi:
    Masyarakat Canaanites berhijrah secara beramai-ramai dari Tanah Arab ke Palestin dan menjadi perintis kewujudan Palestin. Mereka mengasaskan lebih kurang 200 buah bandar dan kampung di Palestin seperti Beisan (Beit Shean), 'Asqalan (Askelon), 'Akka (Acre), Haifa, Al-Khalil (Hebron), Asdud, Bir Al-Saba' (BeerSheba) dan Beit Lahm (Bethlehem).

    - 1,900 sebelum Masihi:
    Nabi Ibrahim a.s membawa sinar tauhid ke tanah suci Palestin kira-kira pada 1,900 tahun sebelum Masihi dan menjalin hubungan baik dengan pemerintah Baitul Maqdis ketika itu, Malki Sadiq yang berpengaruh.

    - Anak-anak lelaki Nabi Ibrahim - Nabi-nabi yang meneruskan perjuangannya:
    Ismail (Ishmael) di Mekah, sementara Ishaq (Isaac) dan anak lelakinya Ya'qub (Jacob) (juga diberi gelaran Israel) menduduki Palestin. Nabi Ya"qub mempunyai 12 orang anak lelaki yang dikenali sebagai Bani Israel (Israelites) berhijrah ke Mesir. Di Mesir, mereka ditindas dan dizalimi oleh rejim Firaun.

    - Tahun ke-13 sebelum Masihi:
    Allah mengutuskan Nabi Musa a.s untuk membebaskan mereka dari kezaliman dan penindasan Firaun serta tenteranya. Walaubagaimanapun, Bani Israel tetap enggan untuk menyertai Nabi Musa ke Tanah Palestin.

    - Kehadiran Nabi Daud a.s:
    Nabi Daud dianugerahkan Allah sebuah kerajaan kira-kira pada tahun 1,004 sebelum Masihi, yang menjadi lambang kelahiran era baru untuk sinar tauhid di Tanah Suci Palestin. Baginda mengalahkan pihak penceroboh dan menguasai hampir keseluruhan Palestin kecuali kawasan pesisiran pantai. Baginda kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan ke Baitul-Maqdis pada tahun 995 sebelum Masihi. Zaman pemerintahan anak lelaki Nabi Daud iaitu Nabi Sulayman a.s (Salamon) merupakan zaman pembangunan dan kegemilangan bagi Palestin.

    - Kematian Nabi Sulayman a.s:
    Kerajaan baginda telah dipecahkan kepada dua pemerintahan.

    Yang pertama, "Kerajaan Israel" telah ditubuhkan di kawasan utara Palestin. Namun pemerintahan ketika itu (923-721 sebelum Masihi) mengamalkan sistem rasuah dan keadaan menjadi terlalu huru-hara sehingga Ensiklopidea Brittanica menggelarkannya sebagai "Kerajaan Berekor". Pada ketika itu, kerajaan Syria di bawah pemerintahan Raja Sargon II telah menghancurkan Kerajaan Israel ini.

    Kerajaan kedua yang dikenali sebagai "Kerajaan Judah" diperintah dari Baitul Maqdis untuk tempoh 923 sehingga 586 sebelum Masihi. Kerajaan ini terlalu lemah dan sering dijadikan sasaran ancaman luar. Kerajaan Judan akhirnya jatuh pada tahun 586 sebelum Masihi di tangan pemerintah Babylon, Nebukadnezer yang menawan Baitul Maqdis dan memusnahkan gereja-gereja. Lembaran Yahudi ada menyebut tentang dosa dan hukuman bagi Bani Israel termasuklah kejatuhan kerajaan mereka.

    - 539-332 sebelum Masihi:
    Palestin di bawah pemerintahan Parsi.

    - 332-63 sebelum Masihi:
    Tamadun Greek menguasai Palestin.

    - 63 sebelum Masihi - 394 Masihi:
    Empayar Rom menguasai Palestin. Pada tahun 63 sebelum Masihi, mereka menguasai seluruh kawasan Palestin dan Empayar Rom mengabaikan pemerintahan Yahudi di Baitul Maqdis. Yahudi telah membentuk dua kumpulan pemberontak untuk memberontak pada 66-70 dan 132-135 Masehi. Walau bagaimanapun, kedua-dua kumpulan telah dihancurkan secara zalim oleh tentera Rom.

    - Bilangan masyarakat Yahudi kekal rendah untuk 1800 tahun:
    Bilangan masyarakat Can'aan yang menjadi penduduk pribumi dan kelompok badwi Arab terus kekal di Palestin sebelum dan selepas kehadiran Israel sehinggalah ke hari ini.

    - 394-636 Masihi:
    Empayar Byzantin mengaku menguasai kawasan Barat Empayar Rom sejak tahun 394 Masehi, dan mempunyai ruang di bawah pemerintahan Parsi sekaligus mendominasi Palestin.

    - 636-1918 Masihi:
    Palestin di bawah pemerintahan Islam.(kecuali untuk lebih kurang 88 tahun di bawah pemerintahan Crusades (1099-1187 Masehi). Palestin memperolehi identiti Islamnya dan semua masyarakatnya adalah masyarakat Arab dan Islam.

    - Di dalam kelemahan dan dalam mempertahankan diri, Kerajaan Kristian di Baitul Maqdis telah terselamat dari beberapa cubaan serangan ketenteraan komander Muslim, seperti Nur al-Din Mahmud Zinki untuk selama lapan puluh lapan tahun tetapi akhirnya tewas di tangan pahlawan Islam Salah al-Din al-Ayyubi.

    - 12 abad Muslim menguasai Palestin yang berakhir pada 1917 adalah tempoh pemerintahan paling lama dan paling komprehensif dalam sejarah Palestin. Tambahan pula, tempoh itu adalah tempoh paling toleransi dan selesa untuk semua agama dan kepercayaan. Rekod muslim memerintah Palestin dan memelihara kesuciannya ternyata layak dipuji dan memberi sinar kepada bumi Palestin.

    - 1917-1948:
    Palestin di bawah kekuasaan British.

    - 1948-1967:
    Rejim Zionis menguasai 77% daripada tanah Palestin.

    - 1967 hingga kini:
    Rejim Zionis menguasai kawasan lain di Palestin (Tebing Barat dan Semenanjung Gaza).

    - Oktober 2005:
    Rejim Zionis dimalukan dan keluar dari Semenanjung Gaza.
6.
Tuntutan Yahudi: Mitos atau Realiti?
    Masyarakat Yahudi menuntut bahawa sejarah memihak pada mereka. Realitinya Palestin adalah milik Arab muslim:

    - Anak-anak Palestin telah mendiami Palestin lebih daripada 1,500 tahun sebelum Yahudi menubuhkan negara mereka.

    - Mereka terus menduduki Palestin ketika kewujudan negara Yahudi dan selepas Yahudi keluar dari Palestin.

    - Pemerintahan Yahudi hanya merangkumi sebahagian daripada tanah Palestin dan bukan keseluruhannya. Mereka memerintah untuk kira-kira empat abad ( 1,000-586 sebelum Masihi). Pemerintahan mereka mulai lenyap ketika zaman pemerintahan masyarakat Syria, Parsi, Firaun, Greek dan Romawi. Meskipun demikian, penduduk Palestin tetap terus tinggal di tanahair mereka.

    - Ketika penjajahan sepanjang 90 tahun oleh Crusades, Islam tetap unggul memerintah Palestin untuk tempoh 1,200 tahun, iaitu tempoh terpanjang dalam sejarah Palestin (636-1917 Masihi).

    - Hubungan Yahudi dengan Palestin secara praktikalnya telah musnah untuk kira-kira 1,800 tahun, bermula pada tahun 135 Masihi sehingga abad ke-20. Sepanjang tempoh itu, mereka langsung tidak mempunyai kuasa politik atau kepimpinan di Palestin.

    - Realitinya, ajaran agama mereka turut melarang mereka kembali ke tanah Palestin.

    - Diasaskan oleh penyelidik-penyelidik dan pemimpin terkemuka Yahudi seperti Arthur Koestler, lebih daripada 80% penduduk Yahudi moden tidak mempunyai hubungan sejarah dengan Palestin. Mereka juga tidak mempunyai hubungan keturunan mahupun patriotik dengan 'Anak-anak Israel. Kebanyakkan mereka berasal dari Khazars (Ashkenaz), iaitu keturunan Tatar-Turki yang menduduki kawasan Utara Caucasus dan menjadi Yahudi sejak tahun 8 Masihi. Justeru, sekiranya Yahudi mempunyai hak untuk kembali, ia bukanlah Palestin sebaliknya ke selatan Rusia.

    - Tambahan lagi, Yahudi mengaku mempunyai hubungan dengan Palestin, dan pengakuan mereka tidak boleh disandarkan kepada fakta yang wujud kerana kebanyakkan anak-anak Israel enggan mengikuti Nabi Musa berhijrah ke tanah suci itu. Mereka juga enggan untuk berpindah dari Babylon ke Palestin walaupun selepas dijanjikan perlindungan oleh Pemerintah Parsi Cyrus. Mengikut ukiran sejarah dan sehingga hari ini, jumlah masyarakat Yahudi yang mendiami Palestin tidak pernah melebihi 40% daripada jumlah mereka di dunia walaupun pada masa terbaik mereka.
7.
Bagaimana negara haram Zionis "Israel" ditubuhkan?
Kelahiran ideologi Zionis
    Pergerakan Zionis, yang menyebabkan kewujudan identiti Yahudi di Palestin, mempunyai hubungkait dengan gerakan kristian di Eropah yang berkempen untuk mengumpulkan masyarakat Yahudi di Palestin terutamanya kumpulan Protestan sejak abad ke-16.

    Ia selari dengan kenaikan ideologi nasionalis dan negara kebangsaan di Eropah, terutamanya pada abad ke-19, yang mengakibatkan kewujudan "masalah Yahudi" di Timur Eropah di mana Yahudi terdedah kepada ancaman kezaliman penduduk Rusia.

    Ia menyebabkan kebangkitan Yahudi dan mereka telah menguasai beberapa kedudukan penting dalam pemerintahan yang mampu mempengaruhi Eropah dan Amerika. Kegagalan gerakan "Haskala" memerlukan penggabungan mereka di dalam pertubuhan-pertubuhan yang mereka sertai.
8.
Kemahuan Barat-Yahudi
    - Kewujudan entiti Yahudi yang memainkan peranan sebagai "negara pemangkin" disokong oleh koloni Barat terutamanya British. Ini secara terang-terangan mencerminkan kecaman Barat-Zionis kepada umat Islam dan Arab.

    - Mereka mahu memecahkan dua sayap dunia Islam di Asia dan Afrika kepada dua bahagian. Matlamat mereka adalah untuk menghalang kesatuan umat Islam dan untuk melemahkan mereka. Pada masa yang sama, mereka juga mahu masyarakat Islam berpecah-belah dan tidak berupaya untuk bangkit menentang. Sebaliknya mereka mahu dunia Islam menjadi produk kepada mereka.

    - Pada masa yang sama, mereka mahu menghalang kewujudan sebuah negara yang mampu menggantikan Empayar Othmaniyyah yang telah jatuh pada Perang Dunia Pertama(1918).

    - Peluang Yahudi-Zionis untuk terus menikmati keamanan dan berkembang dengan selesa di celah-celah kelemahan, perpecahan dan sikap tikam dari belakang negara-negara Islam. Justeru, kebangkitan Ummah Muslim, kesatuan dan kekuatan mereka juga akan bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghapuskan Yahudi dari akar umbi.
9.
Pertubuhan Zionis Antarabangsa (W.Z.O)
    Diasaskan oleh Basle di Switzerland pada Ogos 1897 di bawah kepimpinan Theodore Herzl. Mereka menjalin hubungan dengan projek-projek koloni Eropah dan gagal memperolehi apa-apa sehingga penghujung Perang Dunia Pertama - Gerakan Zionis adalah gerakan perkauman berasaskan ajaran Yahudi dan tuntutan nasionalis.

    Kejayaan mereka bergantung kepada penafian hak ke atas masyarakat Arab Palestin dan penukaran identiti mereka.
10.
Peranan British
    - British melaksanakan Projek Zionis dan mengeluarkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 yang mengizinkan penubuhan negara kebangsaan Yahudi di Palestin dan menyempurnakan pendudukan mereka di sana pada September 1918. Perjanjian ini telah mengkhianati janji mereka terhadap kebebasan dan kemerdekaan masyarakat Arab yang dipimpin oleh Sharif Husayn. Turut dimuatkan dalam Deklarasi Balfour adalah mandat kepada Palestin yang dikeluarkan oleh Liga Nasional pada Julai 1922.

    - Sepanjang tempoh peranan Btitish ke atas Palestin (1918-1948), British telah membuka pintu kepada imigran Yahudi. Jumlah mereka meningkat daripada 55,000 pada tahun 1918 kepada 646,000 pada tahun 1948. (Peningkatan daripada 8% kepada 31% secara kolektif). Fakta ini turut disokong dengan pemilikan tanah oleh Yahudi yang meningkat sebanyak lebih kurang setengah juta donum. (1 donum = 1000 m persegi) (bersamaan 2% daripada tanah Palestin) kepada 1,800,000 donum (6.7% daripada tanah Palestin). Semua yang berlaku untuk menolong Yahudi telah direncanakan oleh pihak British dan penduduk luar Palestin. Walaupun berada dalam keadaan yang tertekan dan menderita, rakyat Palestin masih mampu untuk mengekalkan pendudukan majoriti (69%) dan menguasai sebahagian besar daripada tanah Palestin (93%).

    - Dengan pertolongan secara aktif daripada British, Yahudi telah berjaya mengukuhkan ekonomi, politik, pendidikan, ketenteraan dan institusi sosial mereka. Sehingga tahun 1948, mereka telah berjaya menubuhkan 292 penempatan dan membentuk pasukan ketenteraan yang dianggotai kira- kira 70,000 orang askar pengganas daripada Haganah, Irgun dan Stem yang bersedia mengistiharkan negara mereka.
11.
Perang 1948 dan penubuhan negara "Israel"
    - Zionis telah mengumumkan penubuhan negara "Israel" pada malam 14 Mei, 1948. Mereka telah mengalahkan tentera Arab yang digambarkan sebagai mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak berpengalaman dan mempunyai koordinasi yang tidak tersusun. Lebih malang lagi apabila mereka dikongkong oleh semangat koloni atau mementingkan pasukan masing-masing.

    - Rejim Zionis menguasai 77% daripada tanah Palestin dan mengusir keluar 800,000 orang penduduk, iaitu sebahagian besar daripada jumlah 920,000 penduduk Palestin yang mendiami kawasan di luar "negara" mereka.

    - Mereka menghalau 531 daripada jumlah keseluruhan 585 penduduk Palestin serta melaksanakan tidak kurang daripada 34 pembunuhan beramai-ramai.

    - Selain apa yang tinggal pada Palestin, Jordan juga telah secara rasminya menjadi sebahagian daripada Tebing Barat (5,878 km persegi) manakala Mesir diletakkan di bawah pemerintahan Semenanjung Gaza (363 km persegi).

    - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah bersetuju untuk mengiktiraf Israel sebagai badan dunia dengan syarat mereka membenarkan pelarian Palestin pulang ke rumah-rumah dan kampung-kampung asal mereka. Pada hari ini, entiti Zionis secara terang-terangan telah menolak syarat tunggal yang ditetapkan.
12.
Perluasan Israel dan Pencerobohan
    Perang 1967:
    - Pada bulan Jun 1967, Israel telah melancarkan perang ke atas rejim Arab. Sebahagian besar tanah Palestin telah hilang. Kawasan Tebing Barat, termasuk Timur Baitul-Maqdis termasuk Semenanjung Gaza telah ditawan. Seramai lebih kurang 330,000 penduduk Palestin telah menjadi pelarian. Pada masa yang sama, Gunung Syrian Golan seluas 1,150 km persegi dan Semenanjung Sinai di Mesir seluas 61,198 km persegi turut ditawan.

    - Zionis menjadi semakin gah menguasai tanah Palestin selain cuba untuk menghapuskan identiti Arab dan Islam dari kalangan penduduk tempatan termasuklah semua ciri-ciri peradaban mereka. Lebih kurang 96% kawasan tanah telah dikuasai pada tahun 1948 termasuklah harta-harta yang dimiliki oleh pelarian Palestin, kebanyakannya tanah wakaf dan tanah masyarakat Arab yang masih tinggal di kawasan itu. Selepas Perang 1967, mereka mula menguasai 60% kawasan di Tebing Barat dan membina lebih kurang 192 kawasan penempatan. Mereka turut merampas 30% tanah di Semenanjung Gaza dan membina 16 buah penempatan.

    - Dalam pada mereka menghalang kepulangan anak-anak Palestin ke tanahair mereka, rejim Zionis telah membuka jalan bagi kemasukan imigran Yahudi ke Palestin. Justeru, lebih daripada 2,800,000 Yahudi berhijrah ke Palestin sepanjang tahun 1949 sehingga tahun 2000. Jumlah penduduk Yahudi di Palestin telah mencecah 5.3 million pada tahun 2005.
13.
Baitul Maqdis
    Ketika kedatangan rejim Zionis pada Perang 1948, Baitul Maqdis meliputi kira-kira 84.1% daripada keseluruhan kawasan tanah suci Palestin. Walaupun kebanyakannya adalah hak milik masyarakat Arab (lebih kurang 85%), namum kawasan itu telah dikuasai Yahudi dengan pembinaan-pembinaan kawasan penempatan Yahudi di kawasan Baitul Maqdis dan kawasan sekitar, berhampiran kampung-kampung Arab seperti Lifta di mana Parlimen Israel (Keneset) dan beberapa kementerian ditubuhkan, 'Ain Karim, deir Yasin dan al-Maliha. Sehingga 1967, rejim Zionis telah berjaya menguasai kawasan timur termasuk Masjid al-Aqsa walaupun pada hakikatnya kawasan ini adalah sebahagian dari Tebing Barat. Dua kawasan itu telah disatukan di bawah pemerintahan "Israel" pada 27 Jun, 1967 dan pada 30 Julai, 1980 ia telah diisytiharkan sebagai ibukota "Israel".

    Ideologi Yahudi-Zionis menjadikan Baitul Maqdis sebagai isu utama di dalam agama dan sejarah Yahudi. Lima puluh tahun sebelum kewujudan negara "Israel", Herzl, pengasas Gerakan Zionis Antarabangsa, berkata, 'Jika kita dapat menawan Baitul Maqdis sebelum saya mati, secara peribadi saya akan mengusir keluar semua yang kita anggap tidak suci bagi Yahudi dan membakar semua simbol sejarah yang dibina sejak berabad lamanya.'

    Untuk meneruskan program sistematik dan intensif Yahudi, "Israel" telah memperluaskan kawasan yang ditakluki secara beransur-ansur dari Baitul Maqdis ke Tebing Barat, dari 6.5 km persegi pada 1967 kepada 123 km persegi pada 1990. Mereka merancang untuk menubuhkan "Baitul Maqdis Baru" yang merangkumi 840 km persegi iaitu 15% daripada kawasan Tebing Barat. Rejim Zionis telah menubuhkan 11 penempatan yang diduduki 220 ribu masyarakat Zionis di Timur Baitul Maqdis, sekitar bandar lama di mana terdapatnya masjid Al-Aqsa. Sejumlah 17 koloni Yahudi telah dibina di sekitar Baitul Maqdis dalam usaha mengusir masyarakat Arab- Muslim. Lantaran itu menjadikan umat Islam tidak mampu mengambil alih semula kawasan itu atau sekurang-kurangnya kawasan timur Palestin untuk masa hadapan.

    Ketika 90% daripada populasi penduduk sebelum kedatangan British adalah masyarakat Arab, Jerusalem telah meningkatkan perluasan kawasannya kepada 86% pada tahun 2000, Arab hanya memliki 4% daripada tanah mereka manakala baki 10% adalah untuk generasi Yahudi yang akan datang. Sejak tahun 1967, PBB dan Pasukan Keselamatan telah mengeluarkan pelbagai resolusi yang terang-terangan ditolak oleh Israel yang telah mengambil alih kawasan Timur Baitul Maqdis. Israel turut menolak saluran yang sah untuk menukar status bandar itu agar tidak terikat dan memastikan tindakan mereka hanya menguntungkan pihak mereka semata-mata.

    PBB dan Majlis Keselamatan turut mengutuk tindakan Israel kerana melakukan kekejaman dan mereka berpendapat bahawa Israel sepatutnya berundur dari Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitul Maqdis.

    Resolusi pertama bernombor 2253 dikeluarkan pada 4 Julai, 1967. Manakala pada 29 Julai, 1980, resolusi kedua dikeluarkan berikutan penguasaan unilateral Israel ke atas Baitul Maqdis menyebabkan pertubuhan antarabangsa itu menggunakan kuasa yang ada padanya (majoriti 112 dengan 8 pembangkang dan 24 berkecuali) untuk mengeluarkan resolusi bernombor ES712 yang menuntut pengunduran tanpa syarat oleh Israel dari semua kawasan yang ditawan termasuk Baitul Maqdis.

    Hari berikutnya, Majlis Keselamatan hampir bersetuju (14 undian tanpa undi dari Amerika) untuk mengeluarkan resolusi yang menuntut Israel supaya berhenti dari menguasai Palestin dan mengutuk tindakan Israel yang cuba menukar status Baitul Maqdis sebagai tidak sah. Walaupun pada dasarnya resolusi ini mengiktiraf hak asasi kemanusiaan rakyat Palestin namun ia masih kurang berkesan dan memerlukan satu tindakan berasingan bagi memastikan pelaksanaannya oleh Israel yang sememangnya begitu angkuh dan bongkak.

    Israel ternyata tidak pernah menghiraukan sebarang arahan dan kecaman dari masyarakat antarabangsa.
14.
Al-Masjid Al-Aqsa


    Di tanah Palestin terletak Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama bagi orang Islam dan masjid ketiga suci. Menziarahinya merupakan satu sunnah dan solat di dalamnya menyamai 500 solat di masjid-masjid yang lain. Rasulullah saw bersabda, "Ziarahilah tiga masjid sahaja: Masjidil Haram, Masjid Nabi dan Masjid Al-Aqsa" (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud). Di dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda, "Solat di dalam Masjidil Haram bersamaan dengan seratus seribu solat, di Masjid Nabi sebanyak seribu solat dan seolat di Masjid al-Aqsa bersamaan dengan lima ratus solat." (Hadith Hasan riwayat al-Tabrani).

    Isu Masjid al-Aqsa menjadi penting sejak berlakunya peristiwa Isra" Mikraj (perjalanan malam Nabi Muhamad saw dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiaannya di angkat ke langit) seperti yang termaktub di dalam Al-Quran: 'Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. esungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Nama al-Aqsa diberikan kepada semua kawasan suci atau Al-Haram Al-Sharif termasuklah Kubah Batu.

    Kawasan ini meliputi 140 donum (1 donum = 1000 m persegi) atau 15% daripada bandar yang lama, atau kira-kira 1 km persegi. Ia terletak di tenggara bandar itu dan diliputi oleh sebuah tembok yang mempunyai 11 pintu. Tujuh daripada semua pintu itu dibuka manakala yang lain ditutup. Al-Sharif Al-Haram sendiri mempunyai 14 pintu, 10 dibuka manakala yang lain ditutup. Terdapat 25 buah telaga minuman di Al-Haram. Masjid itu mempunyai empat minaret yang dinamakan sebagai Bab Al-Magharbeh, Al-Selseleh, Al-Ghawanmeh, Al-Asbat. Terdapat juga beberapa buah kubah yang dikenali sebagai Al-Selselah, Al-Mi'raj, Mehrab Al-Nabi, Yousef, Suleiman dan Al-Nahawy termasuk lantai Al-Karak, Ala'a El-Deen Al-Basri dan Al-Ushaq, yang dikenali "pencinta".

    Bangunan Masjid al-Aqsa merujuk kepada kawasan selatan Al Haram Al Sharif, kira-kira 500 meter daripada selatan Kubah Batu. Kawasan dalamannya sepanjang 80 meter panjang dan selebar 55 meter. Di tengah-tengah silingnya terdapat sebuah kubah. Ia juga mempunyai 11 pintu: 7 di bahagian utara, 1 di bahagian Timur, 2 di bahagian Barat dan 1 di bahagian Selatan. Masjid itu telah dibina oleh Khalifah Umayyah Abdel Malek bin Marwan di antara tahun 692-705 Masihi.

    Bangunan Kubah Batu pula terletak di tengah-tengah Al-Haram Al-Sharif yang dibina oleh Khalifah Umayyah Abdel Malik bin Marwan pada tahun 68-72 Hijrah (688-691 Masihi). Bangunan Kubah Batu berbentuk oktagon: 4 sisinya mengadap 4 arah berasingan, batu terletak ditengah-tengahnya dan ia setinggi 1.5 meter. Kawasan yang mempunyai kepanjangan sebanyak 18 meter dan 13 meter lebar ditutup dengan kubah bulat yang mempunyai 4 permukaan, dihiasi dengan marble segi empat dengan tiga ruang di setiap dua keping marble. Batu terletak di bawah kubah, di tengah-tengah masjid; batu yang tidak sekata itu berukuran 17.7 meter dari utara-selatan, 13.5 meter timur-barat dan setinggi 1.5 meter.
15.
Masjid Al-Aqsa di bawah pemerintahan Zionis


    Sejak rejim Zionis menduduki Israel pada Jun 1967, tribulasi yang menguasai Masjid Al-Aqsa amatlah menyakitkan dan terlalu tragik. Hanya beberapa hari selepas Zionis menduduki kawasan Timur Baitul Maqdis, mereka telah memusnahkan al-Magharibah yang terletak bertentangan dengan dinding Barat Al-Aqsa (dinding Al-Buraq, juga dikenali sebagai dinding dukacita oleh Yahudi). Mereka turut membina 135 buah rumah, dua buah masjid dan menjadikannya ruangan terbuka untuk sebarang perayaan dan peribadatan Yahudi. Mereka turut bersemangat untuk mencari bukti-bukti arkeologi gereja mereka (Gereja Solomon).

    Justeru, mereka telah menggali kawasan Selatan dan Barat Baitul Maqdis namun kekecewaan melanda mereka apabila kebanyakan penemuan mereka adalah fakta Islam yang membuktikan kewujudan sejarah Islam di bandar itu. Sepanjang tempoh 1967-2000, Yahudi telah secara aktif dan sulit melancarkan sepuluh tindakan menggali dan membina terowong di bawah Al-Aqsa. Mereka meletakkan bahan kimia yang berfungsi memusnahkan batu-batu dari dalam. Sekaligus akan meruntuhkan masjid suci ini ketika berlaku halilintar ataupun gempa bumi.

    Pada tahun 1967-1993, rejim Zionis telah menyerang Masjid Al-Aqsa sebanyak 40 kali, mengabaikan perjanjian damai Oslo dan melancarkan sebangak 72 serangan dalam tempoh 1993-1998.

    Namun, tragedi yang paling menyedihkan adalah pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh Micheal Rohan pada 21 Ogos, 1969. Cubaannya telah membakar Mimbar Saladin dan 1,500 meter persegi kawasan timur-barat masjid tersebut. Secara keseluruhannya, tindakan tidak berperikemanusiaan Micheal Rohan dianggarkan telah memusnahkan satu pertiga dari keseluruhan kawasan Al-Aqsa. Tentera Israel turut mematikan bekalan air dan menghalang kehadiran bomba untuk memadamkan kebakaran yang berlaku.



    Meskipun merana akibat kekejaman rejim Zionis dan diabaikan oleh saudara-saudara Arab dan muslim yang lain, rakyat Palestin terus berusaha membela Al-Aqsa dengan apa jua kudrat yang mereka miliki. Seramai 34 orang rakyat Palestin telah syahid dan 115 lagi cedera ketika melawan sekumpulan ekstrimis Yahudi yang cuba untuk menjatuhkan batu asas "gereja" di dalam Al-Aqsa pada 8 Oktober 1990. Kemarahan yang membara ketika pembukaan terowong di bawah Al-Aqsa pada 25 - 27 September 1996 menyaksikan 62 orang rakyat Palestin syahid dan 1600 orang yang lain cedera.
16.
Kehidupan seharian
    Tidak dapat dinafikan, persoalan mengenai Palestin terlalu reflektif, mendalam dan terlalu suka runtuk digarap oleh dimensi kemanusiaan. Ia menggambarkan airmata pihak yang dizalimi di muka penceroboh. Ia mendedahkan ketidak-adilan layanan dan perbezaan taraf dalam undang-undang antarabangsa yang baru.

    Ia menampilkan sikap hipokrit masyarakat yang mengatakan bahawa setiap yang mereka lakukan adalah untuk pembangunan, pengetahuan dan teknologi serta perlindungan kepada binatang-binatang; sedangkan ia menerima pengusiran 60% penduduk Palestin daripada tanah mereka selepas mereka mendiami kawasan itu sejak lebih kurang 4,500 tahun yang lampau. Ini dilakukan semata-mata untuk memberi keselesaan kepada Yahudi yang datang dari seluruh dunia dengan omong-omong kosong yang langsung tidak menepati kronologi sejarah, nilai kemanusiaan dan undang-undang kemanusiaan.

    Mereka datang untuk menumpahkan darah di tanah suci Palestin yang sepatutnya menjadi tanah yang penuh kecintaan dan aman. Gerakan Zionis dan penguasaan mereka ke atas Palestin adalah satu-satunya koloni daripada Koloni Eropah Barat yang masih wujud yang telah diusir dari seluruh dunia. Semestinya, mereka akan turut diusir keluar dari bumi Palestin. Kewujudan negara Zionis di Palestin, peralatan ketenteraan yang canggih termasuk 200 senjata nuklear dan kemampuannya untuk menggerakkan 700 ribu tentera dalam masa 72 jam tetap dan akan terus menjadi ancaman kepada keamanan dunia dengan menjadi pencetus kepada Perang Dunia Ketiga.

17.
Penderitaan rakyat Palestin dan keganasan Israel







    September 2000 - September 2005

    Rakyat Palestin yang dipenjarakan
    Bilangan tawanan di penjara Israel 8,600
    Pelajar sekolah yang dipenjarakan 1,389
    Guru yang dipenjarakan 205
    Pesakit yang dipenjarakan 1000
    Wanita yang dipenjarakan 115


    Rumah & Harta benda Rakyat Palestin yang rosak & musnah
    Jumlah bangunan kerajaan dan harta awam yang musnah atau rosak sebahagiannya 645
    Jumlah rumah yang musnah termasuk 3,806 di Semenanjung Gaza 7,628
    Jumlah rumah yang separa musnah 63,842
    Sekolah dan universiti yang diarahkan tutup oleh tentera Israel 12
    Jumlah sekolah yang menyaksikan gangguan pembelajaran 1,125
    Jumlah sekolah dan kompleks pendidikan yang musnah 316
    Jumlah sekolah yang digunakan untuk misi ketenteraan 43


    Rampasan tanah rakyat Palestin mengakibatkan kemusnahan pertanian
    Jumlah pokok-pokok yang dicabut 1,355,290
    Jumlah kawasan yang dimusnahkan (donum) 76,867
    Jumlah kawasan tanah yang dirampas untuk membina Dinding Apartheid (donum) 241,673
    Jumlah kandang haiwan dan kawasan ternak yang rosak 756
    Jumlah ladang lebah yang rosak 15,265
    Jumlah telaga yang rosak teruk 403
    Jumlah rumah petani yang hancur secara keseluruhannya 207


    Taraf Kemiskinan & Pengangguran
    Jumlah rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan 272,000
    Peratusan pengangguran 26.3%
    Tahap kemiskinan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza 67.6%
    756
    Jumlah ladang lebah yang rosak 15,265
    Jumlah telaga yang rosak teruk 403
    Jumlah rumah petani yang hancur secara keseluruhannya 207


18.
Tembok Pemisah


    Pada 20 Februari, 2005, kerajaan Israel telah meluluskan usul untuk membina Tembok Pemisah di Tebing Barat. Tembok yang bertemakan pemisahan, pengasingan dan memberikan kesan drastik kepada penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

    Merujuk kepada rancangan itu, Tembok Pemisah adalah sepanjang 645 km di Tebing Barat. Selepas tembok ini siap, ia akan memisahkan 565km2 di Tebing Barat (kira-kira 10% dari kawasan keseluruhan) di Zon Barat Pemisah di antara tembok dan Garis Hijau 'Israel' akan menguasai Zon Timur Pemisah sehingga 1,555 km persegi (27% dari Tebing Barat) sehingga ke Lembah Jordan dan kawasan Barat pantai Laut Mati. Secara keseluruhannya, Rancangan Tembok meliputi kira-kira 37% Tebing Barat.

    Jumlah kepanjangan Tembok Pemisah:

    - 645 km di Tebing Barat
    - 102 km di Semenanjung Gaza

    Kawasan tembok yang telah disiapkan:

    - 178 km (28% dari panjang keseluruhan) di Tebing Barat
    - Semenanjung Gaza: 102 km
    - 182 km (28% dari panjang keseluruhan) masih dalam proses pembinaan
       di Tebing Barat
    - 126 km (19.5% dari panjang keseluruhan) terletak di kawasan Garis Hijau

    Komuniti Palestin yang terganggu akibat pembinaan Tembok Pemisah:

    - 55 komuniti Palestin termasuk 90,000 orang terpisah di bahagian Barat tembok
    - 42 komuniti Palestin termasuk 42,000 orang terpisah di bahagian Timur tembok
    - 172 komuniti Palestin termasuk 550,000 menerima kesan teruk dari pembinaan
       tembok



    Tembok Pemisah dan penempatan haram Israel:

    - 98 penempatan Israel dengan jumlah penduduk kira-kira 375,000 orang (83%
       daripada pendatang haram Israel di Tebing Barat) mendiami Zon Barat Tembok
       Pemisah.

19.
Mengapa?
    Mengapa seorang kanak-kanak lelaki menentang sebuah bulldozer!!

20.
Penentangan dan perjuangan terhadap penceroboh Zionis:
    Masyarakat Islam tidak memerangi Yahudi semata-mata kerana mereka adalah Yahudi.

    Menurut sejarah, hubungan di antara muslim dengan ahli kitab dan Ahl Al-Dhimmah (Orang yang Dilindungi) adalah berdasarkan keadilan dan tuntutan agama. Mereka bebas untuk menikmati keamanan termasuklah hak mengamalkan ajaran agama mereka serta memperoleh kerakyatan di bawah pemerintahan Islam.

    Sesungguhnya “masalah Yahudi” dan anti-semitisma bermula dan memperoleh momentumnya di Eropah. Dunia Islam yang sama sekali tidak mempunyai prejudis di dalam isu ini, telah menyediakan lapangan yang aman untuk Yahudi berlindung daripada fanatik beragama Eropah dan ultra-nasionalisma. Muslim memusuhi Yahudi semata-mata kerana mereka menceroboh tanah Palestin, mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka dan mengancam tempat suci umat Islam. Secara jelasnya, umat Islam perlu bangkit menentang mana-mana kumpulan yang cuba menguasai tanah milik mereka, tidak menghormati agama serta kerakyatan mereka.

    Semua agama dan undang-undang antarabangsa menyokong penentangan terhadap pencerobohan dan keganasan. Zionis telah mencetuskan kedukaan dan ketidak adilan terhadap rakyat Palestin. Maka, rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri, menentang pencerobihan dan membebaskan tanahair mereka.
21.
Mengapa rakyat Palestin mesti menentang?


    Untuk melindungi keluarga mereka.


    Untuk melindungi rumah mereka.


    Untuk melindungi tanah mereka.


    Untuk melindungi tempat suci mereka


    UNTUK MEMBEBASKAN PALESTIN
22.
Pelarian


    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Pertubuhan yang lumpuh!!

    Sejak 1949 sehingga awal 1970an, PBB seringkali mengaitkan persoalan Palestin sebagai masalah pelarian. Namun selepas 1974, badan itu mula mencari penyelesaian, kebanyakannya melalui Perhimpunan Agung yang mengesahkan hak kemerdekaan rakyat Palestin, mengiktiraf perjuangan mereka (yang dinamakan perjuangan ketenteraan) untuk memperjuangkan hak mereka. Badan dunia itu turut mengisytiharkan rejim Zionis sebagai kezaliman perkauman dan mengecam rejim itu kerana menafikan hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah mereka.



    Walaubagaimanapun, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya akan terus menyokong "Israel" dari sebarang kecaman dan kutukan resolusi-resolusi yang dikeluarkan oleh PBB. Amerika terus menggunakan kuasa vetonya di dalam Majlis Keselamatan untuk menghalang sebarang tindakan fizikal untuk melaksanakan semua resolusi. Pada masa yang sama, ia menganggap dirinya sebagai "kuasa" antarabangsa yang mengiktiraf kewujudan negara Zionis di tanah Palestin dan penubuhannya di sana. Ini mendedahkan kejijikan dan aura kezaliman "kuasa" itu.



23.
Bolehkah mereka pulang ke tanah mereka??


    YA… kerana hak untuk pulang adalah...

    Kesucian,
    Ini adalah kesedaran setiap rakyat Palestin. Keamanan tidak akan dicapai tanpanya.

    Sah,
    Ini adalah asas hak kemanusiaan seperti yang tercatat dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan semua undang-undang antarabangsa serta layanan nasional. Ini adalah hak individu seperti yang termaktub dalam kesucian pemilikan peribadi dan hak kolektif di dalam Prinsip 'Self-Determination'.

    Ia tidak mempunyai had dan tidak boleh diasingkan oleh ancaman atau pembinaan sebuah negara. Ia disahkan oleh Resolusi PBB 194 dan diulang kenyataannya oleh komuniti antarabangsa sebanyak lebih 110 kali dalam tempoh masa 50 tahun, yang nyata tidak sejajar dengan sejarah PBB.

    Dan pasti,
    78% daripada orang-orang Yahudi tinggal dalam 14% Israel. Selebihnya sebanyak 22% tinggal di 86% kawasan Israel iaitu tanah milik rakyat Palestin. Kebanyakan mereka tinggal dalam satu atau dua bandar Palestin. Minoriti mereka tinggal di Kibbutz yang sekarang merudum dari segi ideologi dan ekonomi. Golongan minoriti ini menguasai kebanyakkan tanah Palestin.

    Lantaran itu, hanya 220,000 Yahudi menguasai 17,325 km persegi, iaitu hak dan warisan 5,248,180 pelarian yang kini sedang bersesak-sesak di khemah-khemah pelarian dan dinafikan hak mereka untuk pulang...

Sila tunggu sebentar....