Salam Aidil Fitri 2024
Mengenai Aman Palestin
Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei 1948 di bumi Palestin 76 tahun yang lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mula menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran hingga mengakibatkan beribu-ribu warga Palestin gugur syahid manakala jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri terpaksa berhadapan dengan masalah pengangguran serta cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak yang menjadi yatim akibat kehilangan ibubapa serta para isteri yang menjadi janda akibat kehilangan suami yang terkorban dalam mempertahankan bumi Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.

Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini telah menimbulkan keinsafan lantas menghidupkan semangat bagi umat manusia yang peduli untuk menghulurkan bantuan.

Justeru, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak di atas tiga landasan iaitu:
  • Kemanusiaan
  • Persaudaraan
  • Kesucian Baitul Maqdis

Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai.


Aman Palestin

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir tahun 2004 sebagai inisiatif bagi membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran syarikat Aman Palestin telah diluluskan dengan secara rasminya oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.

Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.

Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.


Ahli Lembaga Pengarah



Pengerusi Eksekutif
Abdullah Zaik Abdul Rahman



Ir. Hj. Zaini Awang
Ir. Hj. Zaini Awang
Wan Hisham
Wan Embong
Wan Hisham Wan Embong
Mohammad Ismail
Mohammad Ismail
Hashimah Salleh
Hashimah Salleh




Ketua Pegawai Eksekutif
Awang Sufian Awang Piut



Carta Organisasi





Visi

NGO Antarabangsa yang pertama dalam mendapatkan dana dan menyediakan bantuan kepada Palestin dengan matlamat utama untuk membebaskan Al-Alqsa.


Misi

  • Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini.
  • Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.
  • Menyokong segala usaha untuk mengembalikan hak Syar’ei yang sah bagi rakyat Palestin ke arah mendapatkan semula tanah air mereka yang dirampas.

Objektif

Antara matlamat utama ialah:
  • Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
  • Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan.
  • Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara.
  • Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO.
  • Merancang aktiviti secara bersepadu.
  • Menganjurkan siri-siri forum perbincangan.
  • Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am.

Aktiviti

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
  • Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan.
  • Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin.
  • Projek Pertanian Sara Diri di Nablus.
  • Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin.
  • Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Israel. Oleh itu projek ini penting bagi menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin.
  • Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha.
  • Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya.
  • Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah.
  • Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim.

Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafalah Ibu Tunggal, Projek Pusat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg serta Projek Pakaian Musim Sejuk.


Kerjasama

Aman Palestin melakukan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya.


Penutup

Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan cita-cita suci lagi murni ini amatlah dihargai. Hanya ganjaran daripada Allah Ta'ala jua yang selayaknya dan kami bagi pihak rakyat Palestin yang amat-amat memerlukan bantuan mengucapkan jutaan terima kasih.
Sila tunggu sebentar....