Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Majlis Pelancaran Tabung Palestin
Shah Alam, 8 September 2009 -- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin telah berkenan untuk merasmikan Tabung Palestin pada majlis berbuka puasa bersama Aman Palestin Berhad yang berlangsung di dewan Annex Universiti Teknologi Mara UiTM, Shah Alam.

Majlis yang dihadiri oleh 200 tetamu jemputan bermula pada jam 6 petang dengan diperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Sharifah Khasifah Fadzilah Syed Badiuzzaman, johan Qariah Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.

Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia oleh Aman Palestin Berhad. Seterusnya pelancaran Tabung Palestin oleh Tunku Sultan Mizan, baginda menitahkan pelancaran Tabung Palestin dengan rasminya. Majlis diikuti dengan penyerahan wang sumbangan daripada Tuanku Sultan Mizan selaku canselor UiTM sebanyak RM 111,366.62 kepada Tabung Aman Palestin daripada pihak UiTM.

Pada majlis tersebut juga Tuanku Mizan turut menunaikan solat Maghrib seterusnya solat Isya' dan Tarawikh bersama rakyat di dewan Sri Budiman UiTM.

Sementara it mengikut sumber Aman Palestin, tabung yang telah dirasmikan itu akan bergerak sepanjang tahun dan akan berterusan bagi mengumpulkan seberapa banyak dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu Pengerusi Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata "Setakat ini pihak kami telah berjaya mengirim wang kepada rakyat Palestin sempena bulan Ramadhan al Mubarak ini sebanyak RM 777,000."

"Wang yang telah dihantar itu diharapkan dapat meringankan beban rakyat Palestin pada bulan yang mulia ini, seterusnya ia juga akan dibelanjakan oleh mereka untuk keperluan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap umat Islam di Palestin, tambahnya lagi.

Wang tersebut telah diagih-agihkan mengikut pembahagian USD 85,000 dikhaskan untuk Gaza, USD 30,000 Keluarga Miskin Palestin, USD30,000 Projek Ramadhan di Kem Palestin di Lubnan dan USD 41,000 untuk anak Yatim Palestin.

Majlis berakhir dengan keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan setelah selesai menunaikan solat sunat Tarawikh.

"Ia merupakan majlis yang bersejarah buat Pertubuhan Kebajikan Aman Palestin Berhad, yang mana ia dihadiri oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong seterusnya merasmikan Tabung Khas untuk rakyat Palestin".


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....