Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Undangan Penghargaan
Pada 12 April 2005 lalu, Aman Palestin dan beberapa anggota tindakan khas Ikatan Muslimin Malaysia berangkat ke Syria setelah mendapat undangan penghargaan daripada Gerakan Islam Hamas sebagai menyatakan rasa terima kasih atas usaha-usaha keras yang dilakukan oleh ke dua-dua badan bukan kerajaan (NGO) ini membantu dan meringankan bebanan rakyat Palestin.

Sebagai tetamu khas, Aman Palestin berkesempatan berjumpa Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal dan anggota-anggota mereka di pejabat mereka di Syria.

"Saya merasa bertuah kerana kita satu-satunya NGO Malaysia yang dipilih untuk bersama mereka berbincang, bertukar-tukar fikiran tentang situasi yang berlaku di wilayah Palestin sekarang ini", jelas Abdullah Zaik selaku ketua delegasi rombongan tersebut.

Abdullah Zaik menambah lagi, bahawa banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk membantu Palestin dan rakyatnya, dan kita - Malaysia - masih jauh ketinggalan dalam usaha-usaha membantu mereka berbanding dengan negara Arab yang lain dan kemungkinan kita sendiri merasakan bahawa isu ini adalah isu Arab maka orang arablah yang kena bantu, tapi sebenarnya tidak, isu Palestin bukan isu Arab atau isu sampingan yang kecil, tetapi ia adalah isu kewajipan, membantu mereka dan Palestin sebenarnya membantu diri kita dari disoal di akhirat nanti, kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka, bukannya kita mengharapkan mereka mengucapkan terima kasih kepada kita. Dengan isu Palestin kita mendapat pahala, dengan isu ini juga kita boleh bersatu dan dengan isu ini juga kita boleh bersungguh-sungguh bekerja untuk Islam, semangat dan perjuangan mereka membebaskan dari cengkaman penjajahan alaf 21.

"Antara isu penting bagi mereka adalah isu tahanan, dengan kesalahan hanya memperjuangkan tanah air mereka sendiri, mereka ditangkap dan dipenjara dan yang lebih menyedihkan yang ditangkap adalah orang tua, kanak-kanak dan wanita yang tidak bersalah, lebih 7,000 tahanan Palestin merengkok di penjara Israel" ujur beliau lagi.

Aman Palestin adalah satu-satunya NGO Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan arab dalam membantu Palestin secara konsisten dan berjadual.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....