Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Syeikh Al-Aqsa tiba di Malaysia
"Aku berjanji setia dalam diriku setelah aku berjanji setia kepada Allah untuk menyedekahkan umurku, waktuku, dan semua yang aku miliki untuk Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa." - Syeikh Raed Solah

Tepat jam 6:30 pagi, Syeikh Al-Aqsa atau jawatannya di wilayah Palestin 48 adalah sebagai Presiden Pertubuhan Islam Palestin 48, buat pertama kali melangkahkan kakinya ke Malaysia dengan selamat. Seorang yang bertubuh sasa, tinggi tidak sama seperti yang dilihat digambar-gambar.

Menjadi salah seorang yang digeruni oleh rejim Israel, sentiasa diburu dan dihalang, peristiwa terakhir adalah ketika mana beliau menjejakkan kaki di bumi Britian, ditangkap dan dibicara hanya kerana memperjuangkan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Kedatangan beliau ke Malaysia atas jemputan eksklusif oleh Aman Palestin Berhad sendiri, supaya ketokohan yang ada pada beliau dikongsi bersama-sama dengan rakyat Malaysia membebaskan Palestin dan Al-Quds, memahami betapa pentingnya Al-Quds dalam diri umat Islam dan seterusnya membebaskan diri dari najis Yahudi dan Zionis.

Kunjungan terakhir adalah dari seorang tokoh agamawan juga didatangkan dari dalam Palestin 48 sendiri, iaitu Syeikh Ekrima Sobri, Imam dan Khatib Masjid Aqsa, mantan mufti Palestin.

Tujuan utama kedatangan Syeikh Raed Solah ke Malaysia adalah untuk menyemarak dan menghidupkan lagi rasa kebersamaan rakyat Malaysia terhadap isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Selain bantuan yang sememangnya wajib dihulur, kita diminta untuk terus memartabatkan isu ini sehingga ianya mendarah daging dalam kehidupan harian kita.

Kedatangan Syeikh Raed Solah telah disambut sendiri oleh CEO Aman Palestin, Awang Suffian Awang Puit dan pegawai-pegawainya.

Semoga dengan kedatangan beliau ke Malaysia akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang cintakan bumi Palestin dan Baitul Maqdis.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....