Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Seminar Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis (SESMAZ)
1. PENDAHULUAN

Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Di dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbiya' yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan "Israel Raya".

Dalam melaksanakan hasrat tersebut mereka mendakwa bahawa "The King Solomon Temple" sepatutnya didirikan di atas keruntuhan Masjidil Aqsa untuk di jadikan Pusat Pemerintahan bagi Negara Haram Israel.
Justeru itu Aman Palestin Berhad akan menganjurkan program berkaitan isu Palestin bagi memberikan penjelasan kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia dan dewasa supaya melihat semula sikap dan peranan yang perlu dimainkan untuk mempertahankan tempat suci umat Islam ini.


2. TAJUK KONVENSYEN
  • "Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis"

3. OBJEKTIF
  • Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat berkaitan
    pergolakan semasa yang sedang berlaku di Palestin.

  • Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai
    dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat

  • Membuat pendedahan kepada masyarakat berkaitan agenda Zionis untuk
    meruntuhkan Masjidil Aqsa dan membina rumah ibadat mereka "The King
    Solomon Temple"

  • Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah praktikal yang boleh
    dimainkan oleh masyarakat bagi mempertahan Masjidil Aqsa

4. TARIKH & MASA
  • 8 September 2012 (Sabtu)

  • 8.00 Pagi - 4.00 Petang

5. TEMPAT
  • Dewan Auditorium D8, Putrajaya

6. PESERTA
Konvensyen "Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis" ini mensasarkan penyertaan:-
  • Pegawai & Kakitangan Kerajaan
  • Imam dan Pegawai Masjid
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta
  • Badan Kebajikan dan Sukarelawan Islam

7. PEMBENTANG KERTAS KERJA
  • Y. Bhg. Mejar Nadzri Bin Musman
    Pegawai Staf-staf Undang-Undang Syariah Angkatan Tentera Malaysia

  • Y.Bhg. Prof. Madya Dr Zainurrashid Bin Zainuddin Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi International Medical University (IMU) dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

  • Syeikh Raid Solah
    Presiden Pertubuhan Islam Palestin 48
    Tokoh Pejuang Kebebasan Baitul Maqdis

8. ATURCARA PROGRAM
SEMINAR SELAMATKAN MASJID AL-AQSA DARI ANCAMAN ZIONIS (SASMEZ)
  • (16 JUN -SABTU)
    8.00 - 8.30 pg Pendaftaran Peserta

  • 9.00 - 10.00 pg Majlis Perasmian- Perasmian
    Tilawah Al-Quran:-
    Saudara Syed Salahuddin b. Syed Ayob
    Ucapan Perasmian:-
    Ustaz Abdullah Zaik b. Abdul Rahman
    Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad

  • 10.00 - 11.30 pg Pembentangan 1:-
    "Bahaya Zionis"
    Y. Bhg. Mejar Nadzri Bin Musman
    Pegawai Staf-staf Undang-Undang Syariah Angkatan Tentera Malaysia

  • 11.30 - 12.45 tgh Pembentangan 2:-
    "Intifadhah - Merintis Generasi Salahuddin"
    Y. Bhg. Prof. Madya Dr Zainurrashid Bin Zainuddin
    Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi International Medical University (IMU) dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

  • 12.45 - 2.00 ptg Rehat dan Solat

  • 2.00 - 2.15 ptg Tayangan Multimedia

  • 2.15 - 4.00 ptg Ceramah Perdana :
    Al Aqsa Dalam Bahaya
    Syeikh Raid Solah
    Presiden Pertubuhan Islam Palestin 48
    Tokoh Pejuang Kebebasan Baitul Maqdis

  • 4.00 ptg Doa dan bersurai
9. PENUTUP
  • Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan kita terhadap saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga diharap dapat memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di Masjidil Aqsa dan bahayanya agenda zionis.

    Semoga dengan kesedaran ini mencambahkan tindakan positif dari peserta untuk mengambil langkah yang positif dalam menangani isu ini.

    Semoga Allah memberkati usaha murni ini



- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....