Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Road Show Dr. Ikrimah di Perak
Walaupun berumur mencecah 73 tahun, Imam dan Khatib Masjid Aqsa, juga mantan mufti Palestin, Syeikh Dr. Ikrimah Sobrie berkesempatan mengadakan road shownya ke Perak, hari ini Selasa, 12 June 2012 beliau tiba pada jam 4:30 petang disambut oleh Pengurus Aman Palestin Perak, Khairul Amin Ibrahim dan pembantu beliau.

Perjalanan selama 2 jam dari bandar baru bangi tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk melawat Akademik Ikatan Muslimin, Sekolah STAM dan Tahfiz dibawah kelolaan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di bandar Ipoh, Perak pada jam 8:00 malam, sambil disambut oleh 140 orang pelajar di sana.

Syeikh Ikrimah dalam ucapannya, membakar semangat juang para pemuda yang mengikuti pengajian di akademik tersebut serta menyatakan bahawa mereka adalah harapan generasi akan datang dalam membela umat Islam di Malaysia dengan kefahaman yang jelas dan praktikal.

Sambil memberikan contoh bagaimana para pemuda Palestin di Tebing Barat sanggup mengorbankan harta dan jiwa raga mereka mempertahankan Masjid Aqsa, para pemuda semakin sedar akan tanggungjawab mereka terhadap isu Palestin.

Beliau dijangka akan mengadakan dua ceramah perdananya esok di UNIKL Ipoh pada 12 tengahari dan di Dewan Bandaraya Ipoh pada jam 8 malam.

Sebelum itu, pada 9 June 2012, Syeikh Ikrimah berkesempatan menghadiri KOMPAS - Konvensyen Memperkasakan Ummah yang diadakan di bangunan JAKIM, Putrajaya, majlis di rasmikan oleh Dato' Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala syeikh Ikrimah telah memberikan ceramah beliau di konvensyen tersebut pada sebelah petangnya.

KOMPAS bagi beliau adalah penting untuk mengembalikan izzah ummah, mengetahui sejarahnya akan menjadikan ummah faham siapakah mereka sebenarnya dan bagaimana mereka perlu memulakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.


Manakala di sebelah malamnya pada tarikh yang sama, Dr. Ikrimah Sobri telah berjumpa dengan para penderma dan dermawan di Majlis Hi Tea Damansara bagi mengumpul dana membina Majis Al Qassam. Beliau mengingatkan betapa pentingnya Al Aqsa bagi umat Islam, membantu dan menimarahkannya adalah satu kewajipan.

Pada 10 June 2012, beliau mengadakan ceramah di Masjid Shah Alam.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....