Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Projek Pendidikan di Rafah
Aspek pendidikan tidak pernah diabaikan oleh rakyat Gaza dalam berhadapan tentangan dan sekatan pihak antarabangsa, bahkan ia menjadi asas kepada pembangunan insan dan negara.

Bagi menjayakan aspek tersebut Aman Palestin Cawangan Gaza telah membekalkan 16 komputer riba kepada Sekolah As-Sodiq yang dinaungi Jameyah Islamiah di Gaza.

Program ini bertujuan untuk mengembangkan proses pembelajaran dengan menggunakan bahan-bahan pendidikan moden, termasuk alat audio-visual, bagi mengurangkan penggunaan papan hitam sebagai alat pembelajaran dan menyediakan persekitaran belajar yang lebih baik.

Upacara penyerahan telah dilakukan oleh Pengarah Eksekutif Aman Palestin Gaza, Ir. Omar Siam.

Menurut Ir. Omar Siam, program tersebut adalah sebahagian dari projek-projek Aman Palestin dalam membekalkan bahan bantuan dan pembangunan di sektor pendidikan, kesihatan, masyarakat dan institusi-institusi bagi menangani keperluan mendesak serta bekerjasama dengan lembaga-lembaga rasmi dan organisasi masyarakat awam.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....