Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Pelancaran AP Cawangan Damansara dan ikon Tabung Palestin
Kota Damansara - Personaliti televisyen kacukan arab, Farah Adeeba Mohamed Ashraf telah terpilih sebagai ikon Tabung Palestin, Aman Palestin Berhad memandangkan reputasi beliau sebagai personaliti terkemuka tanah air.

Pelancaran ikon tersebut telah diadakan di pejabat Aman Palestin cawangan Damansara pada 2 April 2011 (Sabtu), sebagai cawangan yang ke-14 di seluruh negara.

Penasihat Aman Palestin, Dato' Safaruddin Muhd Sidek, berkesempatan meluangkan masa merasmi dan melancarkan ikon Tabung Palestin tersebut.

"Dengan adanya ikon Tabung Palestin ini, mudah-mudahan ia akan melonjakkan lagi sokongan rakyat Malaysia sama ada berugama Islam atau agama lain dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas dengan kejam", kata dato' dalam ucapan pembukaannya.

Tidak ada seorang manusia yang mempunyi perasaan akan duduk diam dengan tindakan kejam rejim tersebut, tambah beliau, manakala beliau amat berbangga dan berbesar hati atas kemampuan Aman Palestin dan kakitangan bekerja siang malam, tanpa jemu, membantu rakyat Palestin.

"Dengan pembukaan Aman Palestin cawangan Damansara ini sebenarnya mencerminkan kepercayaan penuh masyarakat setempat kepada Aman Palestin", ujurnya lagi.

Program tersebut dihadiri oleh para tetamu terhormat, dato' dan masyarakat di sekitar Kota Damansara.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....