Salam Aidil Fitri 2024
Berita
NGO Malaysia Pertama Memasuki Yarmuk
31 Januari 2014 - Misi Kemanusiaan Aman Palestin bersama 3 buah negara lain, berjaya memasuki Syria dengan selamatnya pada Khamis 30 Januari 2014 semalam . Malaysia mewakili 5 anggota 2 dari Aman Palestin di Ketuai oleh Pengarah Media Aman Palestin, Anas Abdul Wahab dan CEO Awang Suffian Awang Piut dan 3 pengamal media.

Manakala 3 yang lain, Holland, Belgium dan Australia.
Aman Palestin membawa bantuan sejumlah USD50 ribu susulan dari bantuan sebelum ini yang kesemuanya berjumlah lebih RM300,000.00 .

Disamping 2 beg besar dan 2 kotak berisi pakaian sejuk dan selimut untuk diagih-agihkan kepada rakyat Palestin dan Syria yang amat-amat memerlukan bantuan saudara-saudaranya di Malaysia.

Misi akan berada disana dari 30 Januari hingga 5 Februari.
Semalam, rombongan singgah di perkhemahan Yarmuk yang terkepung terdapat lebih dari 20 ribu rakyat Syria dan Palestin didalam perkhemaha tersebut dan matlamat utama misi ini adalah mengagihkan bantuan ke perkemahan Yarmuk yang sengaja di kepung agar bantuan tidak dapat masuk, akan tetapi tekanan antarabangsa dan juga misi-misi kemanusiaan yang lain berjaya membuka ruang kepada bantuan untuk masuk ke dalam perkemahan tersebut.

Walaupun rombongan masih belum berjaya memasuki perkemahan tersebut semalam, kami telah pun berada di gigi dan pintu masuk perkemahan yang hampir hancur keseluruhannya, itu gambaran dari luar belum lagi didalam, saudara-saudara mereka hanya boleh dan mampu melihat dari jauh keluarga mereka di dalam perkemahan tersebut, meminta-minta pada askar yang menjaga diluar agar membenarkan mereka masuk kedalam untuk membawa keluar saudara mereka terutama kanak-kanak dan orang tua, banyangkan tidak sampai 1 kilometer lambakan buah-buahan sayur sayuran dan segala makanan boleh didapati diluar perkemahan Yarmuk, tapi subhanallah mereka benar-benar terkepung.

Saudara-saudaraku bantulah mereka, hulurkan bantuan sebelum kita dipersoal oleh Allah kelak.

_____________________

1 Februari 2014 - Terima kasih rakyat Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada Aman Palestin untuk membantu meringankan saudara-saudara kita di Syria terutama di perkhemahan Yarmuk yang terkepung.

Semalam 31 Januari 2014 bersamaan hari Jumaat, kesemua anggota rombongan dari Malaysia seramai 5 orang berjaya masuk ke dalam perkhemahan Yarmuk yang terkepung.

Subhanallah, tidak ada ungkapan dan perkataan yang boleh di gambarkan... kecuali airmata dan kesedihan apabila mula melalui perkhemahan tersebut, kiri kanan bangunan hancur sehancur-hancurnya, apabila sampai ke hampir kawasan bantuan alangkah sedihnya melihat saudara-saudara kita meraung-raung dan meminta-minta mengharapkan untuk dibantu, maafkan kami sauidara-saudara ku di Yarmuk, kami hanya boleh berkongsi kesedihan kalian dengan sedikit bantuan.

Lebih 20 ribu mangsa keganasan di kem Yarmuk masih berada didalam kem tersebut, yang lebih menyedihkan ialah kanak-kanak dan ibu dan orang tua yang tidak makan selama 3 hari.

Hulurkanlah bantuan buat saudara-saudara kita di Syria terutama di perkhemahan Yarmuk, sampaikanlah kepada orang lain.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....