Salam Aidil Fitri 2024
Berita
NGO Malaysia Pertama Memasuki Gaza
Gaza - Aman Palestin sekali lagi mengorak langkah menjadi NGO Malaysia pertama memasuki Semenanjung Gaza setelah kejatuhan Dr. Mursi dalam keadaan Mesir berada di bawah cengkaman kuku besi As-Sisi yang dinaungi Zionis Yahudi.

Semalam CEO Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut diiringi pegawai Aman Palestin, En. Faizal berjaya memasuki Gaza dalam misi Khas Bantuan Kecemasan Semenanjung Gaza yang mensasarkan lebih RM2juta untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Sebelum itu, Aman Palestin telah mendahulukan RM340,000.00 sebagai bantuan kecemasan rakyat Gaza yang terkepung dan menderita.

"Kita mengharapkan rakyat Malaysia sama ada perseorangan atau badan korporat untuk tampil membantu rakyat Palestin yang sedang mati perlahan-lahan. Kesanggupan kita melihat mereka mati sedemikian tanpa sebarang sumbangan dan bantuan menunjukkan betapa lemahnya iman dan kekuatan umat Islam di negara kita. Tampillah membantu agar kita dapat menjawab dihadapan Allah kelak", demikian rayuan yang dinyatakan oleh Awang Suffian.
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....