Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Misi ke 9: Ketuai Miles of Smiles
Walaupun umur Aman Palestin masih lagi muda berbanding usaha-usaha yang besar yang perlu dilakukan, namun Aman Palestin telah pun mendapat pengiktirafan dari pihak antarabangsa untuk mengetuai delegasi dari negara Malaysia dalam misi Miles of Smiles.

Diketuai sendiri oleh Abdullah Zaik Abdul Rahman, selaku Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, satu-satunya Pengerusi NGO Malaysia dijemput khas oleh sekretariat Miles of Smiles, sebuah badan antarabangsa, untuk mewakili negara Malaysia; adapun NGO lain hanya diwakili oleh aktivis dan sukarelawan sahaja.

Miles of Smiles disertai oleh lebih daripada 110 NGO seluruh dunia termasuklah Jordan, Algeria, Lebanon, Iraq, Mauritania, Tunisia, Libya, South Africa, Malaysia, Singapore, Perancis, UK, New Zealand, Turki di bawah satu slogan "Miles of Smiles" untuk kali ke-13.

Miles of Smiles mensasarkan perhimpunan terbesar dari seluruh dunia, dimana semua ketua-ketua NGO, aktivis dan sukarelawan berkumpul di Gaza bagi menyatakan sokongan padu mereka ke atas usaha-usaha yang dilakukan bagi memerdekakan bumi Palestin dan membebaskan Masjid Aqsa dari cengkaman Yahudi.

Delegasi tersebut membawa masuk 10 tan ubat-ubatan dan alatan hospital.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....