Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Majlis Pelancaran PC2P (Public Campaign 2 Protect Palestine)
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sentiasa bermurah hati memberikan sumbangan kepada perjuangan Palestin setiap kali konflik bersenjata tercetus namun sering melupakan nasib Rakyat Palestin bila situasi mereda.

Organisasi bukan-kerajaan Aman Palestin, misalnya, hanya mengumpulkan RM3 juta tahun lalu, berbanding dengan RM8 juta ketika konflik di Palestin mencapai puncaknya pada tahun 2009.

"Pada tahun ini, kami merancang untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya RM6.3 juta yang akan dibahagikan di kalangan pelbagai projek kami.

"Rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa meskipun konflik telah kian berlalu, Palestin masih perlukan bantuan untuk keperluan asas, seperti air dan makanan," kata pengerusi PC2P, Dr Isa Hamzah selepas pelancaran "Public Campaign 2 Protect Palestine" (PC2P).

Penasihat organisasi itu, Abdullah Zaik Abdul Rahman, berkata meskipun RM6.3 juta adalah jumlah yang besar, namun ianya masih tidak mencukupi.

"Itulah sebabnya mengapa ianya penting bagi masyarakat Malaysia untuk terus melakukan sumbangan," katanya.

Abdullah juga berkata yang PC2P akan banyak membahaskan isu-isu yang diabaikan.

"Kami akan memperjuangkan hak-hak Rakyat Palestin dalam arena perundangan, perlindungan kemanusiaan, kewarganegaraan, dan kebebasan bergerak," katanya.

Pada kesempatan tersebut, Waqaf An Nur Corporation Bhd dan Pos Malaysia Berhad telah menyumbangkan RM100,000 dan RM73,000 masing-masing kepada Aman Palestin.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....