Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Lebih RM205,000 Bantuan Hospital Palestin
Keadaan di Semenanjung Gaza yang sentiasa terhimpit dengan pencerobohan, tekanan dan kepungan yang berterusan tidak sedikit pun mengendurkan semangat para pejuang mujahidin Palestin untuk terus berkhidmat kepada rakyat Palestin dan membebaskan bumi Palestin serta Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Zionis Israel.

Pejuang Palestin di Pejabat Aman Palestin Gaza yang diketuai oleh Ir. Omar Seyam menjelaskan pihaknya telahpun menyerahkan 8 unit katil ICU yang moden kepada pihak Jabatan ICU Hospital As-Syifa, Gaza, sebuah hospital tertua dan terbesar dalam menyediakan kelengkapan hospital walaupun ia masih kekurangan infrastruktur.

Ir. Omar Seyam, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Palestin menjelaskan bahawa katil tersebut diperolehi dari Jerman dengan bajet 64,000$ bersamaan RM205,580 menunjukkan sikap prihatin dan sokongan kuat rakyat Malaysia kepada saudara-saudara mereka di Palestin

Pencerobohan terakhir oleh rejim Zionis Israel menyaksikan lebih daripada 1200 syahid dan lebih daripada 2000 yang lainnya cedera, pihak hospital Palestin tidak dapat berurusan dengan berkesan dengan sebab kekurangan katil-katil dan peralatan perubatan.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....