Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Lawatan Kementerian Dalam Negeri Gaza
Putrajaya - 12 Mei 2011 - Khamis - Satu perjumpaan khas telah diadakan antara Kementerian Dalam Negeri Gaza yang diwakili oleh Brig. Jeneral Yusuf Khalid Az-Zahar, Ketua Pertahanan Awam Semenanjung Gaza dengan Dato' Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Negara, Kementerian Dalam Negeri Malaysia di Putrajaya hari ini.

Beliau diiringi oleh dua orang pegawai serta seorang Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin, selain dua orang anggota pertubuhan Palestinian Cultural Organization Malaysia (PICOM) yang juga turut serta dalam perjumpaan tersebut.

Selain bertukar-tukar pandangan dan maklumat, pihaknya turut berharap untuk mendapatkan bantuan teknikal dan tenaga pakar seperti di bidang frensik dan kepolisan untuk membangunkan semula Gaza, selain dari bantuan-bantuan lain yang dirasakan sesuai yang boleh dilaksanakan.

Beliau memberitahu bahawa terdapat banyak kekurangan di Semenanjung Gaza sejak serangan terbesar 2008 menyebabkan Gaza bukan sahaja terkepung bahkan dilarang dari mendapatkan keperluan harian serta dilarang dari mendapat bantuan tenaga pakar terutamanya dalam bidang keselamatan awam.

Brig. Jeneral Yusuf Zahar dalam lawatan tidak rasminya ke Malaysia berkesempatan melawat ke beberapa intitusi kerajaan seperti SPRM, Jabatan Penjara dan Universiti Pertahanan Malaysia di Sg, Besi dan beberapa intitusi perubatan. Beliau dijangka akan pulang esok, Jumaat, 13 Mei 2011 sebelum bertolak ke Turki dalam rangka lawatan yang sama.

Brig. Jeneral Zahar menyatakan rasa terima kasih atas pertemuan pertama yang bermakna bagi dirinya dan kerajaan Gaza sendiri.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....