Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Larian Amal UUM
Kedah 26hb April 2011 (Selasa) - Bertempat di stadium UUM, Sintok, mahasiswa dan mahasiswi dari DPP SME Bank, UUM, telah mengadakan sebuah program "Larian Amal Untukmu Palestin" bertujuan untuk menyedarkan masyarakat kampus akan kekejaman rejim penjajah Zionis ke atas penduduk pribumi Palestin dan nasib serta penderitaan rakyat Palestin yang kebanyakannya hidup dalam keadaan yang menyedihkan di khemah-khemah pelarian di Palestin dan beberapa negara sekitarnya. Ia juga bertujuan untuk mengumpul dana dan sumbangan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin.

Program amal yang berlangsung dari jam 7.45 malam telah diisi dengan acara senamrobik dan larian sekeliling trek stadium oleh kira-kira 150 orang mahasiswa dan mahasiswi DPP SME Bank, UUM.

Wakil Aman Palestin Kedah, Encik Muhammad Luttfi Bin Abdul Khalid telah dijemput untuk memberi sedikit ucapan dan menerima sumbangan yang telah dikumpul oleh para mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin tersebut. Beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi yang ditemui berharap agar program seumpama ini dapat diperluaskan lagi pada masa hadapan dengan penyertaan lebih ramai pihak lagi agar isu Palestin ini tetap hidup di sanubari umat Islam, khususnya warga kampus.

Beberapa acara menarik seperti deklamasi sajak dan persembahan nasyid juga turut dipersembahkan. Program Larian Amal ini telah ditutup dengan penyerahan sumbangan oleh wakil Pengarah HEP, Encik Zulfadli Abdul Latif, kepada wakil Aman Palestin Malaysia, Encik Muhammad Luttfi.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....