Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Laporan Qurban & Sedeqah Qurban 2010
Aman Palestin Berhad mula melaksanakan Projek Qurban dan Sedeqah Qurban bagi tahun 2010 sejak sambutan Aidil Fitri 2010 lagi yang berakhir dengan pengumpulan dana sumbangan sebanyak USD 130,000 melalui kempennya di Malaysia yang berlangsung selama dua bulan.

Dr. Abdullah Zaik, Pengerusi Aman Palestin Berhad, memuji para dermawan Islam di Malaysia kerana sudi mengambil bahagian dalam Projek Qurban dan Sedeqah Qurban, serta juga usaha para ulama yang perihatin dalam menyeru semua umat Islam di Malaysia bagi melakukan Qurban untuk saudara-saudara mereka yang sangat memerlukan dan ketika ini terkepung di Gaza. Beliau menambah yang Aman Palestin akan memastikan semua daging Qurban diedarkan kepada golongan yang layak menerimanya yang terdiri dari hampir 12,000 buah keluarga.

Manakala di Gaza pula, Ir. Omar Seyam, CEO cawangan Aman Palestin di sana, berkata yang pejabatnya telah melakukan pembelian anak lembu, melakukan pemeriksaan ke atas mereka serta mengupah penyembelih yang berkelayakan untuk melakukan Qurban ke atas ternakan berkenaan, dan kemudiannya mengedarkan daging Qurban kepada golongan miskin, golongan yang memerlukan, keluarga para syuhada, golongan yang tercedera dan anak yatim piatu, yang mana dianggap memenuhi syarat berdasarkan kepada tahap penderitaan mereka serta keadaan hidup yang amat meyedihkan.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....