Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Konvoi Amal AP Memperingati Nakbah
Sri Pentas - Peristiwa Nakbah yang difahami oleh rakyat Palestin ialah tragedi pengusiran mereka oleh Yahudi Israel dari negara mereka Palestin dan pemusnahan secara besar-besaran ke atas rumah-rumah mereka, simbol-simbol negara Palestin, ekonomi dan tamadun Palestin pada tahun 1948, demi untuk mendirikan negara Haram Israel.

Sempena mengingati hari tersebut yang terjadi pada 15 Mei 1948, Aman Palestin semalam, Ahad, 15 Mei 2011, menganjurkan Konvoi Amal Aman Palestin yang disertai oleh 500 orang terdiri dari organisasi-organisasi dan kelab-kelab kereta, motosikal dan basikal sebagai menunjukan sokongan dan dokongan rakyat Malaysia kepada Hak Rakyat Palestin yang wajib dikembalikan.

Sebanyak lebih dari 250 basikal lumba, 200 motosikal berkuasa tinggi dan 10 pacuan empat roda dilepaskan oleh Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, Tim. Dekan, Institut of Product Design & Manufacturing, UniKL, Prof. Dr. Raja Aziz Raja Ma'arof, dan personaliti TV, Muhammad Azmir Selamat, AG,dari perkarangan Sri Pentas kemudiannya berhenti di tiga kawasan untuk serahan Tabung Palestin sebelum berakhir di pejabat Aman Palestin Cawangan Damansara.

Aman Palestin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga dan masa serta wang ringgit.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....