Berita
Ketibaan bantuan jalan darat Malaysia ke Gaza
Pada pagi hari 4 Julai 2010, sebuah trak yang sarat dengan bantuan dan ubat-ubatan hasil pembiayaan Aman Palestin Berhad telah memasuki Jalur Gaza melalui Rafah di Mesir. Seluruh isi kandungan trak itu bernilai USD 100,000.

Trak itu, yang disertai oleh delegasi seramai 12 orang perwakilan dari organisasi-organisai bukan kerajaan dan koresponden saluran television, pada awalnya tidak dibenarkan masuk ke Gaza disebabkan Pihak Berkuasa Mesir berpendapat bahwa konvoi itu kurang koordinasinya.

Ustaz Abdullah Zaik, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, yang memimpin konvoi itu, menyatakan bahwa bantuan itu merupakan tanda isyarat kepada rakyat Palestin bahwa mereka tidak dipinggirkan oleh dunia Islam, dan juga orang-orang Malaysia sangat prihatin dengan masalah Palestin dan bersedia memberikan sokongsn yang berterusan kepada saudara-saudara mereka di Jalur Gaza.

Sementara itu, Encik Omar Seyam, Pengarah Eksekutif Aman Palestin Gaza, menyatakan bahwa bantuan tersebut akan diagihkan kepada orang miskin, mereka yang terpinggir dan Institusi-institusi Perubatan di Gaza.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....