Berita
Kayuhan Amal Untuk Palestin
Pada tanggal 31 Julai 2010, Aman Palestin Berhad bersama-sama dengan Kelab Basikal Alternatif Masjid Jamek, Kuala Ketil , Kedah (KEBAL) dan MTB Xtreme Cycle Shop, Kulim, Kedah telah bekerjasama bagi mengadakan aktiviti Kayuhan Amal untuk Palestin yang melibatkan kayuhan dari Kuala Ketil hingga ke Baling dan kembali semula ke Kuala Ketil.

Kayuhan yang bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada lebihkurang jam 5.30 petang ini telah disertai oleh seramai lebih daripada 60 orang penunggang basikal Mountain Bike yang berumur di antara 8 hingga 71 tahun.

Acara kayuhan amal sejauh 80 km ini juga telah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dan telah berjaya menarik perhatian orang ramai, di sepanjang laluan kayuhan tersebut, terhadap penderitaan rakyat Palestin yang hingga kini masih parah dibaluti luka kezaliman Israel.

Sejumlah RM 3,000 hasil sumbangan masyarakat Islam dari lebih 15 buah masjid telah berjaya dikumpul.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....