Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin
Kalendar aktiviti Aman Palestin bagi Tahun 2011 dimulakan dengan sebuah program besar yang dinamakan Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin yang mana telah diadakan di Dataran Pulau, Mersing bermula pada 28 Januari hingga 6 Februari. Di antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah:

Forum Kemanusiaan

Forum ini bertujuan untuk menerapkan sikap keperihatinan terhadap rakyat palestin di kalangan penonton, khususnya penduduk Mersing. Forum ini telah dikendalikan oleh Ustaz Asmadi dan dibarisi 4 orang panel yang diterbangkan dari jauh, iaitu Prof. Madya Dr. ZainurRasyid Zainuddin, Mejar Nazri Musman, Ustaz Mohd Fadzli, merangkap pegawai di Pejabat Kadi, Daerah Mersing, dan Saudara Azzam, penuntut PHD. dalam bidang water resources, yang merupakan seorang warganegara Palestin. Pelbagai isu telah dibincangkan pada forum itu. Secara umumnya, objektifnya tercapai dan ini merupakan pembuka langkah bagi AMAN PALESTIN untuk bertapak & bekerjasama di Mersing.

Pertandingan Sajak Kemanusiaan Aman Palestin

Pertandingan ini telah disertai oleh 3 orang peserta, bertemakan "Kemanusiaan". Ianya telah diadili oleh 3 orang juri merangkap sukarelawan Aman Palestin. Antara aspek-aspek pemarkahan yang diambilkira ialah pemakaian, mesej, intonasi, dan sebagainya.

Semua peserta yang mengambil bahagian telah mendeklamasikan sajak mereka dengan penuh bersemangat dan penghayatan.

Norhaslinda Bt. Harman @ Halmi telah dinobatkan sebagai juara dengan tajuknya "PASCA DERITA". Beliau merupakan pelajar Tingkatan 5 SMK PAI CHEE, Mersing. Naib Juara pula jatuh kepada Nurul Syafina Bt. Harman @ Halmi, pelajar Darjah 5 SK Sri Mersing dengan tajuknya "CINTA WAJA". Mereka berdua juga pernah mewakili Peringkat Negeri dalam acara sajak anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Tempat ke-3 telah disandang oleh Amir Hamzah B. Jamal, bekas pelajar Maahad Johor dengan tajuknya "Palestin Dulu, Kini, Selamanya..."

Lelongan Amal

Pelbagai barang-barang keperluan seharian seperti pakaian lelaki & perempuan, buku-buku dan lain-lain yang telah disumbangkan oleh masyarakat setempat telah dilelong di karnival ini. Untuk pengetahuan umum, Semua barangan ini telah dilelong dengan harga di antara RM1 dan RM5.

Semua hasil keuntungan dari jualan lelong ini akan dimasukkan ke dalam tabung AMAN PALESTIN. Para pengunjung tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk "Membeli Sambil Menderma!"

Kuiz Aman Palestin

Sebuah pertandingan berbentuk kuiz telah dianjurkan oleh AMAN PALESTIN (JHR) yang bertemakan "Dunia Palestin". Kuiz ini telah disertai oleh kanak-kanak lelaki & perempuan yang hadir ke Karnival Kemanusiaan ini. Kebanyakan soalan yang dibuat adalah bersumberkan kepada maklumat-maklumat yang terdapat di sudut pameran Dunia Palestin di Booth Aman Palestin. Setiap peserta ini di hadiahkan dengan pelbagai bentuk hadiah berupa produk-produk jualan Aman Palestin seperti stiker kereta, button dan sebagainya.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....