Berita
Hari Ke-2 Delegasi OIC Di Gaza
30 November 2010 - Pada hari kedua mereka di Gaza, delegasi OIC memulakan kegiatan mereka, yang telah dijadualkan, sejak awal pagi lagi hinggalah ke larut malam. CEO Aman Palestin Cawangan Gaza, Ir. Omar Seyam, adalah di antara warga tempatan yang mengiringi perwakilan OIC ini sebagai penunjuk jalan di sekitar wilayah yang dikepung itu.

8.30 am - 11.00 am
- Mengunjungi UCAST (University College Of Applied Sciences).
- Disambut oleh Dekannya, Dr. Yahya al-Sarraj.
- Mengunjungi makmal-makmal komputer, unit E-kerja, unit Khidmat Masyarakat dan, unit Animasi.
- Menyertai sebuah seminar kecil yang memperkenalkan UCAST di mana projek-projek masa depan diusulkan.

11.00 am - 1.30 pm
- Mengunjungi Persatuan Dar Al-Fadeela Bagi Kebajikan Wanita.
- Menyertai sebuah seminar kecil yang memperkenalkan persatuan tersebut di mana projek-projek masa depan diusulkan.

1.30 pm - 3.00 pm
- Mengunjungi Hospital Pakar Mata.
- Menyertai sebuah seminar kecil yang memperkenalkan pertubuhan berkenaan di mana projek-projek masa depan diusulkan.

3.00 pm - 6.00 pm
- Mengunjungi pejabat Aman Palestin Gaza dan menemui para penerima bantuan projek "Anggota Palsu Bagi Mereka Yang Tercedera".
- Membincangkan cara-cara untuk meneruskan perlaksanaan projek di masa depan.

6.00 pm - 7.00 pm
- Makan malam di Restoran Malouq.

7.00 pm - 9.00 pm
- Menyertai seminar OIC di Hotel Commodore.
- Seminar ini membincangkan hal-ehwal penyelenggaraan hubungan di antara penyumbang dan pertubuhan tempatan.
- Seminar ini disertai oleh perwakilan dari 50 buah persatuan tempatan dan pihak media.
- Dr. Abdullah Zaik ditemuramah oleh 2 orang wartawan.

9.00 pm - 11.00 pm
- Melawat sekitar Kem Al-Shaleea, Gaza.
- Membeli bahan logistik sebelum kembali ke Hotel Commodore.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....