Berita
Delegasi OIC Kunjungi Gaza Bagi Menilai Status Kemanusiaan
29 November 2010 - Sebuah delegasi khas Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tiba di Jalur Gaza melalui sempadan Rafah semalam.

Dipimpin oleh Fuad Elmaznaey, Direktor Hal Ehwal Kemanusiaan OIC, kehadiran delegasi tersebut di Gaza adalah sebuah usaha bagi menilai status kemanusiaan di sana sebelum sebarang keutamaan dapat ditentukan bagi memperbaiki keadaan hidup masyarakat Gaza di masa akan datang.

Elmaznaey berkata yang "kunjungan tersebut dilakukan bersesuaian dengan usaha bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh OIC untuk warga Gaza di bawah program rehabilitasinya bagi masyarakat Palestin.

Beliau menjelaskan dengan lebih lanjut lagi yang delegasi berkenaan akan terlebih dahulu menilai status kemanusiaan pada ketika ini di wilayah Palestin yang terkepung dan berjumpa dengan beberapa orang direktor dan pemimpin masyarakat Gaza, dan kemudiannya akan diberikan taklimat mengenai perkembangan terbaru di kawasan-kawasan yang musnah akibat penjajahan Israel sebelum OIC dapat memutuskan di mana usahanya akan bermula.

Menurut itinerari lawatan, OIC akan turut mengkaji sebilangan projek penting dalam sektor kesihatan, pendidikan, perumahan serta ekonomi.

Delegasi OIC tersebut disertai oleh sekumpulan doktor yang akan melakukan pembedahan ke atas pesakit Palestin yang menderita akibat masalah otak, saraf, tulang, mata dan jantung. Turut serta dalam delegasi berkenaan adalah beberapa buah pertubuhan Islam serta kemanusiaan.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....