Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Ap Cawangan Sabah: Ramadan Bersama Palestin
Aman Palestin Cawangan Sabah mengadakan kempen 'Ramadan Bersama Palestin’ selama satu bulan bermula awal Ramadan hinggalah ke akhir Ramadan. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif dalam membantu rakyat Palestin secara konsisten dan sistematik.

Dalam kempen ini sasaran utamanya merupakan sekolah-sekolah yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Kinarut dan Sandakan. Dalam kempen Ramadan bersama Palestin ini, setiap sekolah yang terlibat akan dibekalkan dua ataupun tiga tabung untuk diletakkan di sekolah masing-masing seterusnya diedarkan kepada warga sekolah. Antara sekolah yang terlibat dalam kempen ini ialah, Sk Benoni, Sk Sembulan, Sk Kepayan, Sk Pekan Kinarut, Sk Surati, Sk Buang Sayang, Sk Pekan, Telipok, Sk Pengalat Kecil, Smk Pekan Kinarut, Smk Likas dan Smk Sanzac. Semua sekolah yang terlibat telah melakukan penyerahan tabung beberapa hari sebelum cuti sekolah iaitu pada 29 dan 30 julai 2016.

Selain kempen tabung Palestin, kempen Kad Jogathon turut dilancarkan sempena Ramadan Bersama Palestin. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah Sk Benoni, Papar dan Sk Sembulan, Kota Kinabalu. Kad Jogathon ini merupakan kempen untuk mengajak orang ramai khususnya keluarga para pelajar untuk bersama-sama menyumbang kepada rakyat Palestin sekaligus menanamkan sifat kesedaran agar bersama-sama membantu rakyat Palestin yang telah ditindas dan dirampas haknya bertahun-tahun lamanya.

Selain itu, dalam masa yang sama Aman Palestin Cawangan Sabah turut mengadakan jelajah bersama dengan Imam Dari Jordan iaitu Qusai Hassan Mohammad Marashdeh yang mengimamkan solat terawih sekaligus menyampaikan tazkirah berkaitan dengan " Ramadan Bersama Palestin”. Jelajah Imam dari Jordan ini meliputi Daerah Kota Kinabalu melibatkan Masjid An Nur Putrajaya Telipok, Masjid An Nur Daerah Tuaran, Masjid Al Israk Telipok, Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Masjid As Salam Kampung Contoh, Surau Istiqamah Taman Olivia, Masjid Tebobon dan Masjid Sembulan Lama, manakala di Daerah Papar: Masjid Daerah Papar dan Masjid Imam Haji Mohd Yaakub Bin Misir Kg. Beringgis, di Daerah Beaufort: Masjid Daerah Beaufort,Daerah Tawau: Masjid Al Kauthar, Masjid Az Zaeemah, Masjid Quba Taman Semarak, Masjid Al Aman Kampung Tanjung Batu, Masjid Nurul Ain, Taman Ria 9, di Daerah Kunak: Masjid Pekan Kunak, di Daerah Semporna: Masjid Ar Rahman Pekan Semporna, di Daerah Sandakan: Maktab Rendah Sains Mara, Masjid Jannatun Naim Taman Sri Taman, Masjid Jamek Sandakan, Masjid Pangiran Galpam Batu 7, Masjid Daerah Sandakan . Jelajah bermula 6 Jun 2016 dan berakhir pada 28 Jun 2016.

Masjid-masjid yang terlibat turut memberi kebenaran kepada pihak Aman Palestin Cawangan Sabah untuk meletakkan tabung palestin sebagai tanda sokongan dan sumbangan kepada rakyat Palestin. Menurut Jumriati Binti Abdullah, selaku Pengurus Aman Palestin Berhad Cawangan Sabah, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua sekolah, masjid, syarikat, badan kerajaan dan bukan kerajaan serta individu yang terlibat dalam memberikan sokongan yang berterusan dengan menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. Beliau turut, menghargai kepercayaan dan keyakinan para penyumbang kepada Aman Palestin Berhad sebagai satu badan NGO yang menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. Semoga setiap kebaikan akan diberikan ganjaran pahala.

Aman Palestin Berhad berbesar hati sekiranya ada dalam kalangan individu, sekolah, jabatan kerajaan ataupun bukan kerajaan yang ingin menjemput pihak Aman Palestin untuk menyampaikan ceramah ataupun memohon untuk perletakan tabung di kedai, Masjid, sekolah mahupun Jabatan. Selain itu bagi yang berminat untuk mengadakan kempen Jogathon di peringkat sekolah juga boleh berhubung terus kepada Aman Palestin berhada ataupun cawangan Aman Palestin di seluruh Malaysia.

Cawangan Aman Palestin: https://www.amanpalestin.net/control/cawangan/
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....