Salam Aidil Fitri 2024
Berita
Aman Palestin Malaysia Sentiasa Di Hati
Penderitaan rakyat Palestin yang ditindas secara berterusan sejak lebih separuh abad lalu terus mendapat perhatian rakyat Malaysia melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khasnya Aman Palestin Berhad.

Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad cawangan Gaza, Ir. Omar Seyam berkata, nama Malaysia sentiasa mendapat tempat di hati rakyat tempatan malah diletakkan di kedudukan yang tertinggi berikutan bantuan tidak henti-henti terutama sejak tahun 2004.

"Aman Palestin merupakan satu-satunya NGO yang mempunyai dan membuka pejabat di Gaza. Pejabat ini dibuka secara rasmi pada Januari 2009 sejurus selepas serangan kejam rejim Zionis Israel ke atas Gaza, namun bantuan dan operasi sudah pun bermula sejak 2004 lagi.

"Pada awalnya kami membantu pelarian di kawasan-kawasan luar Palestin dan Palestin sendiri, seperti di Jordan, Syria dan Lubnan sejak bermulanya intifada pertama seawal 1997 tetapi peranan Aman Palestin semakin meningakat mulai 2008.

"Pada tahun 2011 Aman Palestin berjaya mengembirakan rakyat Palestin dengan bantuan korban yang meningkat dari jumlah sumbangan wang dan seterusnya menambahkan lagi jumlah haiwan korban pada tahun tersebut, secara purata setiap tahun peningkatan berlaku hampir lebih dari 75%", kata Omar.

Jelas Omar, sebanyak RM400,000 di agih-agihkan di Semenanjung Gaza, RM92,000 di Khalil Ibrahimi dan RM123,000 di sekitar Baitul Maqdis khasnya pada tahun ini.

Sementara itu, ketua misi Aman Palestin ke Gaza kali ke-10 ini, Anas Abdul Wahab menjelaskan sebanyak 40 ekor lembu dan 350 ekor kambing dikorbankan pada tahun ini.

"Harga untuk ibadah korban di Gaza ialah sebanyak RM1,400 satu bahagian lembu dan RM1,200 untuk seekor kambing dan harganya agak mahal berbanding di negara kita disebabkan pelbagai faktor termasuk bekalan serta logistik.

"Tetapi percayalah, lebih mahal harganya lebih banyak pahalanya dan itulah erti pengorbanan", katanya.

Misi ibadah korban Aman Palestin ke Gaza pada tahun ini turut disertai oleh lima pengamal media dari pelbagai agensi.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....