Berita
5,000 pelajar Gaza mendapat beg sekolah
Aman Palestin Berhad cawangan Gaza telah berjaya mengagihkan beg dan pakaian sekolah kepada seluruh sekolah kerajaan di Gaza. Lebih 5,000 pelajar sekolah rendah kerajaan yang ditaja oleh UNRWA telah mendapat faedah dari bantuan tersebut.

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Abdullah Zaik ketika dihubungi berkata, program ini adalah usahasama yang dilakukan oleh semua pertubuhan badan kebajikan Islam dan Arab bagi meringankan beban yang dipikul oleh keluarga Palestin, lebih-lebih lagi dengan hampirnya musim persekolahan di sana.

Pengarah Urusan Aman Palestin di Gaza, Ir. Omar Seyam berkata, program agihan ini tiba pada saat rakyat Palestin di Gaza terkepung dengan segala keperitan yang ditanggung oleh setiap ketua keluarga yang memiliki hampir lapan orang anak bagi setiap keluarga, dan dalam masa yang sama memberikan peluang kepada anak-anak mereka untuk bersekolah.

Program agihan beg sekolah ini telah berjaya dianjurkan oleh Aman Palestin dengan kerjasama 29 pertubuhan kebajikan lain yang beroperasi di Gaza.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....