Salam Aidil Fitri 2024
Berita
"Syabas atas kemenangan pejuang Palestin" Abdullah Zaik, Pengerusi Aman Palestin Bhd.
Ucapan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad ,
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman :

"Saya dengan penuh bangga mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan strategik
"Muqawamah"(pejuang) Palestin berdepan dengan "khurafat keperkasaan"(kehebatan
palsu) tentera Yahudi.

Tindak balas strategik yang bijak atas kebodohan strategi Yahudi memaksa Negara
kuasa tentera terhebat di Asia Barat itu untuk menuntut gencatan senjata sehingga
memaksa sekutu mereka; Amerika dan Eropah turun padang untuk menyelamatkan air muka
Yahudi.

Syabas kepada Mesir atas peranan baru yang istimewa dan berbeza pada kali ini,
disokong oleh Turki, Qatar, dan lain-lain negara.

Tahniah kepada Malaysia atas dasar luar baru yang lebih proaktif terhadap isu
Palestin. Walaupun begitu, saya berharap peranan yang lebih berkesan pada masa akan
datang.

Kepada rakyat Palestin, anda telah mengemukakan contoh yang unggul kepada perjuangan
mempertahankan hak dan warisan.

Allah mencucuri rahmatnya kepada mereka yang Syahid(terkorban di jalan Allah) dan
menggantikan kehilangan saudara/orang tersayang dan harta benda dengan yang lebih
baik.

Aman Palestin bersama rakyat Malaysia akan sentiasa bersama anda(rakyat Palestin),
menjadi benteng di belakang anda dan meringan beban anda di waktu kesusahan.
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....