Artikel
Ummu Sa'id Menjual Peralatan Rumah Untuk Menyara Anak-Anak
Ummu Sa'id tinggal di salah sebuah kampung di Tebing Barat. Keluarganya terdiri daripada 12 orang dan menetap di rumah yang dindingnya tidak sempurna dan atapnya tiris. Ummu Sa'id adalah satu contoh kegigihan wanita Palestin yang telah mengorbankan hidup dan jiwanya bagi menjaga anak-anaknya dengan sebaik-baik jagaan sehingga beliau satu demi satu telah menjual perabot dan kelengkapan rumahnya bagi menyara keluarganya sehingga tinggal hanyalah sekeping karpet lama untuk musim sejuk dan pinggan mangkuk untuk digunakan seharian. Tidak ada yang berbaki melainkan itu sahaja.




Semua itu dilakukannya demi menjamin kehidupan keluarganya yang seramai 12 orang mendapat sesuap nasi, khususnya dalam keadaan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Palestin.

Ummu Sa'id bekerja untuk menyara keluarganya sebagai seorang guru di sebuah sekolah di kampungnya, namun sejak beberapa bulan yang lalu beliau tidak mendapat gajinya disebabkan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Israel dan Amerika ke atas Palestin yang berada di bawah pemerintahan HAMAS. Ini menyebabkan beliau terpaksa mencari pekerjaan tambahan untuk memastikan keluarganya tidak berada dalam kelaparan.

Ummu Sa'id dapat meneruskan hidupnya walaupun keadaan di Palestin amat memeritkan. Berlandaskan kehidupan asal beliau sebagai petani, tidak susah baginya mencari pekerjaan yang sesuai dengannya untuk menampung keluarga iaitu membuat roti dan menjualnya kepada penduduk kampung dan sekitarnya. Dengan jualan roti tersebut, walaupun tidak seberapa, dapat menampung keperluan keluarganya dan menjauhi dirinya dari sikap meminta-minta dengan orang lain.

Ummu Sa'id yang berumur hampir 50 tahun telah kehilangan suaminya kerana meninggal dunia. Beliau meneruskan hidupnya yang penuh dengan ranjau kepayahab dan keperitan dengan menyara 12 orang anaknya. Salah seorang daripada mereka berumur 2 bulan semasa suaminya meninggal dunia.

Sambil menitis air mata Ummu Sa'id berkata: "Alhamdulillah, saya masih kuat tetapi saya tidak mempu membayar yuran pengajian anak-anak saya. Semua sudah tahu, kehidupan tidak mengasihani sesiapa. Saya berusaha mencari pekerjaan untuk anak saya tetapi tidak dapat."

Seandainya anak-anak perempuan saya bukan dari kalangan pelajar yang terbaik, saya sudah pasti tidak berusaha meneruskan pengajian mereka khasnya dalam keadaan sekarang tetapi mereka antara pelajar cemerlang.

Anak sulong perempuan Ummu Said bernama Muram berkata: "Saya tahu keadaan keluarga saya susah, keadaan kami begitu juga tetapi kami semua beriman sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan kami. Alhamdulilh saya cuba membantu ibu saya dengan berusaha belajar di universiti supaya saya mendapat biasiswa dan dapat meringankan beban beliau."

Tambah beliau lagi: "Masalah utama kami ialah kami semua adik-beradik perempuan. Pergerakan kami terbatas. Jika kami lelaki akan ada pekerjaan yang sesuai yang boleh kami lakukan. Adik bongsu lelaki kami masih kecil."

Keadaan keluarga Ummu Sa'id sepertilah keadaan keluarga yang lain tetapi keadaannya lebih susah kesan dari sekatan ekonomi ke atas Palestin.


Sumber: http://www.insanonline.net
25.03.2007
 
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....