Artikel
Terima Kasih Malaysia. Aman Palestin Serahkan Bantuan Kepada Pelarian Syria.- Cehbilaine -



 
Syria, 03 Ogos 2015: Misi Aman Palestin ke Syria untuk penyerahan bantuan kepada pelarian yang terletak di Perkhemahan Pelarian Syria di Hatay yang terletak di Sempadan Turki-Syria ini telah disertai oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Ustaz Wan Hisham Bin Wan Embong Serta Ustaz Awang Suffian Awang Piut.

Penyerahan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjumlah RM400k kepada pelarian Syria yang dianggarkan seramai 200 000 orang yang berada di Sempadan Turki-Syria. Bantuan yang diserahkan dalam bentuk makanan, kit kebersihan, pampers kanak-kanak dan tuala wanita telah diagihkan kepada beberapa buah kampung di kawasan tersebut.

Misi pertama ialah mengagihkan bantuan kepada 130 keluarga pelarian Syria yang mewakili 1000 orang pelarian Syria. Selain itu, pihak Aman Palestin juga akan menyalurkan bantuan kepada rakyat Syria yang terkepung di Ghutah Syyarqiyyah Damsyik. Sebanyak 5 buah perigi turut disumbangkan sebagai sumber bekalan air bersih kepada pelarian Syria.

Disebelah malam pula, rombongan Aman Palestin menuju ke Raihanniyah untuk menziarahi mangsa-mangsa perang yang menginap di rumah-rumah sewa di sepanjang garis sempadan Turki-Syria. Sekurang-kurangnya terdapat lebih kurang 100,000 pelarian yang berada di sana.

Ziarah pertama rombongan Aman Palestin ke rumah yang menempatkan para pemuda Syria dan terdapat 8 orang pemuda yang tercedera dan cacat anggota berada di rumah tersebut. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kekuatan kepada mereka. Ziarah kedua ke rumah yang menempatkan 22 orang mangsa perang dan kebanyakkan mereka dalam kalangan pemuda yang telah kehilangan tangan dan kaki. Tiada kata yang mampu diucap melihat keadaan mereka, cuma sedikit bantuan yang dihulurkan semoga mereka tetap kuat dalam meneruskan kehidupan.

Lewat jam 12 malam rombongan menziarahi rumah ketiga yang merupakan sebuah rumah sewa mangsa yang syahid dengan meninggalkan seorang balu bersama dengan dua orang anaknya. Anak yang diberi nama berusia 6 tahun yang telah lelap di ruang tamu terjaga mendengarkan kedatangan kami. Yazan seorang anak yang comel dan cerdik, namun akibat peperangan dia telah kehilangan sebelah mata dan juga menjadikannya seorang yatim setelah kehilangan ayah. Kedatangan rombongan Aman Palestin amat dia nanti-nantikan, Pihak rombongan turut berkesempatan mendengarkan bacaan hafazannya . Semoga Allah melapangkan dadanya dan memberikan cahaya kepada hati serta memberkati kehidupan dia dan keluarga.Selain itu, Pihak rombongan menghulurkan USD100 kepada setiap pesakit dan sumbangan USD400 kepada keluarag Yazan.

Pihak Aman Palestin Berhad mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang. Alhamdulillah, sumbangan dan segala kebaikan anda telah disampaikan kepada mereka yang memerlukan.Kepada seluruh penyumbang, semoga Allah murahkan rezeki anda semua diatas segala kebaikan yang dihulurkan. moga ALlah menjaga kalian walau dimana pun kalian berada saat ini.



 
Catatan: Cehbilaine   |   17 Ogos 2016
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....