Artikel
Surat dari Aleppo- Abumohd -



 
Aku tidak ingat bila agaknya aku bangun pagi. Aku juga tidak ingat bila masa aku lena. Aku tidak tidur lena, begitu juga yang lain. Serangan udara di Bandar Aleppo tidak henti-henti dan kehidupan kami di sini tidak kenal apa yang dikatakan dengan "tidur”.

Aku mempunyai 3 sijil pertahanan sivil, antaranya undang-undang keamanan dan peperangan yang tidak diwajibkan untuk kami mengambilnya. Mereka mengajarkannya kepada golongan yang ingin mengetahui maklumat mengenainya dengan lebih mendalam.

Aku boleh katakan dengan penuh yakin bahawa komuniti antarabangsa tidak menguatkuasakan sebarang undang-undang dalam peperangan. Komuniti ini jugalah yang telah menyaksikan apa yang telah berlaku kepada Bandar Aleppo selama 8 hari. Allepo diserang dan dunia kekal membisu. Kapal perang Russian tidak pernah terhenti walau sesaat mengebom kami.

Mereka telah menggunakan semua jenis bom dan bahan terlarang, fosforus, peluru kluster dan bunker buster yang sangat berbahaya. Aku telah melihat bom-bom ini memusnahkan kawasan kejiranan dan membunuh mereka yang bernyawa.

Bekalan makanan juga kami tidak miliki dan saat ini kami kekurangan bekalan air. Satu-satunya jalan yang menjadi penghubung ke Bandar Aleppo telah ditutup. Tidak seorang pun yang berkemampuan membeli hatta sekeping roti kerana harganya terlalu mahal. Penduduk di sini hanya makan nasi dan pudina ataupun sebungkus mee segera sekali sehari.

Wartawan bertanyakan kepada aku, berapakah jumlah penduduk di Aleppo yang telah terkorban hari ini? tetapi Aleppo bukanlah tol kematian.

Setiap tembakan peluru berpandu mempunyai cerita tersendiri. Selepas letupan, unit kami akan bergegas ke kawasan yang disasarkan dan berusaha menyelamatkan mangsa d bawah runtuhan. Mungkin, bom itu telah memusnahkan keseluruhan bangunan dan mungkin juga ada 5 keluarga yang berada di dalamnya ketika ia diserang.

Ada suatu ketika, kami menyelamatkan seorang lelaki yang berada di bawah runtuhan setelah berusaha mencarinya yang memakan masa selama 3 jam. Selepas serangan pertama, bayi perempuan yang berusia 11 hari telah hilang dan kami menemuinya di bawah runtuhan apabila mendengarkan dia menangis.

Tiga daripada ibu pejabat kami turut diserang dan beberapa kenderaan turut musnah. Kami mengambil risiko dengan menggunakan tangan kami untuk mengangkat kepingan rumah yang telah musnah dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawahnya. Walaupun mereka telah berjaya dikeluarkan tetap juga tidak selamat.

Kami semakin kekurangan bekalan bahan api, hospital beroperasi dalam keadaan kekurangan bekalan elektrik dan perubatan. Kami tidak akan mampu bertahan seandainya keadaan seperti ini akan berterusan.

Ini bukanlah perkara baru bagi kami, inilah rutin harian kami.
Mendengarkan bunyi bom, bergegas ke kawasan pengeboman, mencari mangsa dan menyelamatkannya. Sejak beberapa hari ini, kami tidak berhenti walaupun seketika.

Penggunaan peluru berkuasa tinggi, bermakna tugasan kami tidak pernah akan selesai. Tidak ada istilah "start time"terhadap apa yang kami lakukan. Aku tidak akan menikmati kehidupan di luar sana dengan "White Helmets”

Semestinya, peperangan ini memberi kesan kepada aku. Akua sudah berkahwin tetapi isteri saya tidak bersama-sama dengan aku saat ini kerana dia berada di tempat yang selamat di luar Bandar Aleppo. Tetapi, aku terkurung di bandar ini.

Sebelum peperangan ini, aku bekerja sebagai Guru Bahasa dan Pegawai Kerajaan. Aku tidak memiliki cahaya mata.

Dalam 4 tahun ini aku telah menyaksikan pembunuhan beramai-ramai melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa. Aku mendengar, saat-saat akhir betapa sukarnya mereka bernafas di bawah runtuhan. Sesungguhnya, ini bukan perkara biasa. Tidak ada sesiapa pun yang boleh menzahirkan perasaan seperti ini. Tetapi beberapa hari yang telah berlalu di Aleppo sunguh luar biasa.

Kami selalu berbicara sesama sendiri, seandainya peperangan ini berakhir dan bagi sesiapa yang masih terselamat mereka memerlukan rawatan psikologi untuk menghilangkan trauma untuk kembali menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Anda akan melihat kesedihan di setiap mata penduduk di sini. Anda akan mendengarkan letupan bom dan kematian. Dalam ingatan mereka hanya ada darah, perpindahan dan kemusnahan.

Sumber: Berita Al Jazeera.



 
Catatan: Abumohd   |   30 September 2016
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....