Artikel
Sejarah Pertukaran Tawanan Israel- Abu Mohd -



 


36 perjanjian sejak tahun 1948

Siri penculikan warga dan tentera Israel merupakan konflik bertahun-tahun panjang sehingga mampu memaksa rejim memenuhi beberapa tuntutan asasi pejuang Palestin terutamanya pembebasan tahanan Palestin dan Arab dari penjara mereka.

Harga yang mesti dibayar oleh negara Yahudi itu bergantung pada keadaan dari setiap transaksi, tapi yang pasti pejuang Palestin menggunakan kaedah tersebut untuk terus mengadoptasi kaedah ini dalam pelepasan tahanan.

Sekiranya berlaku perjanjian dan berjaya pertukaran tentera Israel yang ditangkap, Gilad Shalit dengan tahanan Palestin, maka ia akan menjadi turutan yang ke 37 dalam catatan transaksi sejak tahun 1948.

Menurut sumber pusat penyelidikan Arab, Israel menangkap hampir 800 ribu warga Palestin dan ribuan tentera dan warga negara Arab dan ratusan dari negara-negara lain, sementara negara Arab sendiri telah menahan lebih dari seribu tahanan Israel, kumpulan pejuang Palestin dan Lubnan juga berjaya menawan puluhan tentera Israel.

Operasi Pertukaran tahanan
Berlaku operasi pertukaran tahanan bermula dengan Republik Arab Mesir pada tahun 1948 dan Palestin di tangan Barisan Popular Pembebasan Palestin (POL) pada tahun 1968.

Pertukaran paling menonjol:
* Selepas Perang tahun 1948 , Israel mula melakukan pertukaran tahanan dengan Mesir, Jordan, Syria dan Lebanon, di mana di tangan Mesir terdapat 156 orang tentera Israel, Jordan 673 orang, Syria 48 orang dan Lebanon 8 orang tentera Israel, manakala tentera Israel menawan 1098 tentera Mesir, 28 Saudi, 25 Sudan, 24 Yaman, 17 Jordan, 36 Lebanon, 57 Syria dan 5021 orang tentera Palestin dengan nisbah 2:1 iaitu 2 orang tentera Israel seorang tentera Arab. Di adakan di Fallujah dengan Mesir kemudiannya Lubnan dan terakhir dengan Syria.

Pertukaran pertama
* Pada tahun 1968 adalah pertukaran pertama antara pejuang Palestin dengan negara penjajah itu selepas kejayaan pejuang Palestin dari Barisan Popular Pembebasan Palestin (PLO) merampas sebuah pesawat Israel yang membawa ratusan penumpang, segala urusan melalui Palang Merah Antarabangsa, pertukaran 37 tahanan Palestin dengan para penumpang, termasuklah tahanan Palestin telah ditangkap pada tahun 1967.

* Pada akhir tahun 1969
sekali lagi kumpulan Barisan Popular Pembebasan Palestin (PLO), yang dipimpin oleh Leila Khaled merampas sebuah pesawat Israel menuntut membebaskan tahanan di penjara-penjara Israel, semasa mendarat di Britian beberapa anggota kumpulan terkorban setelah diserang pihak berkuasa di sana serta penangkapan Leila Khaled akan tetapi berjaya dirampas semula oleh kumpulan yang bergabung dalam organisasi yang sama menuntut pembebasan Leila Khaled.

* Pada tahun 1971 pertukaran tawanan antara Israel dan Gerakan Pembebasan Nasional Palestin (FATAH) pertukaran Mahmoud Bakar Hijazi dengan tentera Israel Shmuel Fayez, yang diculik Fatah pada tahun akhir 1969. Ditaja Palang Merah.

* Pada tahun 1973 , Syria membebaskan 3 juruterbang perang Israel setelah ditawan selama 3 tahun dengan pembebasan 46 tahanan Syria di pihak Israel.

* Pada tahun 1979 proses pembebasan seorang tentera Israel oleh PLO dengan pertukaran 76 tahanan Palestin termasuk 12 wanita Palestin.

* Pada November 23
, 1983 pertukaran tahanan perang antara Fatah dan Israel, dimana Israel bersedia membebaskan semua tahanan warga Palestin dan Lubnan yang ditawan di Lubnan berjumlah 4700 orang dengan pertukaran 6 orang askar Israel.

* Pada tahun 1985
menyaksikan Pertubuhan Barisan Popular Pembebasan Palestin (PLO) membebaskan 3 orang tentera Israel dengan pertukaran 1155 tahanan Palestin.

* Pada tahun 1997 perjanjian pertukaran antara Israel dan kerajaan Jordan, dan membebaskan agen MOSAD yang berjaya ditangkap Kerajaan Jordan selepas usaha mereka gagal untuk membunuh Khaled Mashaal, Ketua Biro Politik Hamas, sementara Israel membebaskan Sheikh Ahmed Yassin, Pengasas Hamas.

* Pada tahun 2004
pertukaran tahanan antara Hizbullah, Lubnan dengan Israel, melalui Jerman, dimana Israel membebaskan 462 rakyat Palestin dan Lubnan dan Hizbullah membebaskan 3 tentera Israel.

* Pada tahun 2008
, dan terkini pertukaran tahanan antara Israel dan Hizbullah, Lubnan. Israel bersetuju membebaskan tahanan Palestin paling tua di penjara Israel, Samir Qantar dan 3 warga Lubnan serta 200 mayat pejuang Palestin dan Lubnan yang masih bersisa di penjara Israel.

Taktik para penculik
Seorang pakar dalam urusan Israel, Taufik Abu Shumer , berpendapat bahawa negara penjajah melihat masalah tahanan mempunyai kaitan rapat dengan sifat pembentukan negara Yahudi, pada asasnya ia merupakan jalan selamat bagi orang-orang Yahudi.

Selanjutnya Abu Shumer berkata, penjajah Israel telah bersetuju dan meluluskan lebih dari sekali membebaskan tahanan Palestin dan Arab, serta mengembalikan mayat-mayat mereka untuk ditukarkan kepada tahanan Israel untuk menunjukkan nilai askar dan warga Israel itu sendiri.

Beliau menegaskan lagi bahawa taktik pertukaran tahanan telah digunakan oleh negara Yahudi sejak awal, dan mencatatkan bahawa logik Israel didasarkan pada salah satu sifat idea penghinaan kepada orang yang bukan bangsanya dan Yahudi sanggup membayar dengan bayaran yang tinggi atau dengan apa cara sekali untuk mendapatkan bangsanya.

Seterusnya beliau meminta pejuang-pejuang Palestin mengambil pengajaran terdahulu, terutamanya terhadap tuntutan yang kuat, tidak memanjang-manjangkan perjanjian supaya tidak digunakan kesempatan tersebut untuk menindas negara yang dijajah dan tidak mempengaruhi makna dan tektik penculik.



 
Sumber: Felesten   |   Catatan: Abu Mohd   |   19 April 2011
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....