Artikel
Resolusi Mu'tamar Perlindungan Kanak-kanak Kali Pertama
Bagi memenuhi keperluan dan memperkasakan kanak-kanak Palestin, Persatuan Takaful For Child Welfare berjaya menamatkan Mu'tamar Perlindungan Kanak-kanak Kali Pertama anjurannya yang diadakan di Bandar Lubnan, Beirut selama dua hari iaitu bermula 17 sehingga 18/5/2007.




Mu'tamar yang bertajuk "Pencerobohan Terhadap Hak Kanak-Kanak (Kanak-kanak Palestin Sebagai Contoh)" berlangsung di Hotel Bristol dinaungi oleh Dr Khalid Qubbani, Menteri Tarbiah & Pendidikan Tinggi Lubnan dan Syeikhah Jawahir Binti Muhammad Al-Qasimy, isteri kepada Yang Mulia Ketua/Amir bagi Wilayah Sharjah, United Arab Emirates dan merupakan Ketua Majlis Tertinggi Hal Ehwal Keluarga.

Muktamar tersebut telah dihadiri oleh wakil persatuan-persatuan bukan kerajaan dari Lubnan, negara-negara Arab sekitar dan negara-negara asing antaranya Mesir, Algeria, Yaman, Saudi Arabia, Bahrain, UAE, Turki, Austria, Ireland, Holand, Perancis, Sweden dan Malaysia. Sebagaimana ia juga disertai oleh sekumpulan profesional yang pakar dan aktif dalan bidang kerja-kerja kemanusiaan dan hak kanak-kanak yang diketuai oleh rombongan dari Palestin.

Beberapa kertas kerja telah dibentang selama berlangsungnya muktamar bagi membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan kanak-kanak Palestin seperti isu pencerobohan hak kanak-kanak Palestin, ancaman keselamatan nyawa dan sosial mereka kesan daripada penjajahan zionis, penempatan mereka di negara-negara pelarian, di samping satu kajian tentang kesan-kesan terhadap jiwa dan sosial hasil daripada apa yang tersebut dan kesan daripada peristiwa Julai 2006 ke atas kanak-kanak Lubnan dan Palestin. Kajian-kajian lain berkisar tentang peranan laman-laman web dalam mengatasi masalah kanak-kanak Palestin, kepentingan kerjasama dalam memperbaiki keadaan dan pemikiran kanak-kanak yang hidup dalam suasana penjajahan yang penuh dengan tribulasi.

Pihak muktamar mengucapkan terima kasih kepada peserta yang turut bersama menjayakan muktamar khususnya penaung rasmi muktamar iaitu Syaikhah Jawahir Binti Muhammad Al-Qasimy dan Menteri Tarbiah & Pendidikan Tinggi, Dr Khalid Qubbani. Satu resolusi muktamar telah dikeluarkan iaitu seperti berikut:

Pertama: Masyarakat Antarabangsa Dan Yayasan-yayasan Rasmi

- Pentingnya usaha bagi menghapuskan sekatan ekonomi yang zalim dan tidak sah dari segi undang-undang terhadap rakyat Palestin di dalam bumi Palestin yang dijajah, berusaha melalui yayasan-yayasan sosial peringkat antarabangsa bagi menghapuskan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak Palestin dan berusaha menghapuskan kesan-kesan sosial dan ekonomi yang berlaku selepas sekatan.

- Memberi tekanan ke atas yayasan-yayasan antarabangsa bertujuan menyekat pembinaan tembok pemisah. Ini kerana ia membawa kesan buruk kepada ekonomi dan sosial masyarakat Palestin secara umum dan kanak-kanak Palestin secara khusus.

- Menuntut masyarakat antarabangsa tentang peri pentingnya usaha menyediakan kelengkapan utama yang sempurna bagi menjaga kanak-kanak Palestin yang tinggal di dalam bumi Palestin dan di beberapa negara khususnya di Iraq dan Lubnan.

- Meminta negara-negara yang memberi sumbangan supaya menambah bentuk bantuan kepada UNRWA.

- Mendedahkan keburukan dan kezakiman penjajah Israel terhadap hak asasi kanak-kanak Palestin melalui iklan-iklan, kajian-kajian dan membentuk jaringan kerjasama sama ada di peringkat negara atau antarabangsa dalam mempertahankan hak-hak kemanusiaan.

- Memberi hak orang awam dan hak kemasyarakatan bagi pelarian Palestin di Lubnan di mana ia memberi kesan positif kepada keadaan kanak-kanak Palestin.

- Membenarkan pembinaan bangunan teres di kem-kem pelarian dan tempat tumpuan penduduk di Lubnan yang dapat memberi ruang yang luas kepada kanak-kanak untuk merasai persamaan hak dengan kanak-kanak lain dari sudut penempatan. Penempatan tersebut hendaklah memenuhi syarat ciri-ciri keselamatan, kesihatan, terdapat taman permainan yang dapat memberi kesan positif kepada kemahiran dan daya kreatif mereka.




Kedua: Pendidikan

- Menyedarkan keluarga, pihak sekolah dan masyarakat tentang hak asasi kanak-kanak bersesuaian dengan kebudayaan dan agama setiap negara.

- Mengadakan satu perancangan yang sistematik bagi mengatasi masalah keciciran kanak-kanak dari alam persekolahan dan melaksanakan satu undang-undang bagi menghukum dan memerangi fenomena kanak-kanak bekerja.

- Menitikberatkan dalam memberi tunjuk ajar dan motivasi diri melalui yayasan-yayasan dan pihak-pihak yang memiliki kepakaran dan secara khusus mengutamakan kanak-kanak yang mengalami tekanan selepas berlakunya peperangan.

- Menyediakan program tentang sistem tarbiah yang boleh digunakan di peringkat pengajian asas dan melatih secara khusus mereka yang pakar dan meningkatkan tahap kelayakan pekerjaan mereka.

- Berusaha sedaya upaya yang mampu dalam membantu bagi meneruskan proses pendidikan dan penerusan institusi-institusi pendidikan apatahlagi dalam keadaan kesusahan seperti sekarang yang dihadapi oleh masyarakat Palestin sama ada di bumi Palestin atau di kem-kem pelarian khususnya di Lubnan.

- Menyusun dan mengadakan muktamar-muktamar khas iaitu bagi menyelesaikan masalah-masalah kanak-kanak Palestin sebagai satu cara yang praktikal bagi menentukan masalah-masalah dan berusaha menyelesaikannya dengan kerjasama pihak-pihak tertentu.

Ketiga: Pihak Media Massa

- Mengadakan karnival-karnival, forum-forum dan pertandingan-pertandinagan kesenian yang dapat mengenengahkan daya kreativiti kanak-kanak Palestin, mengembangkan kemahiran mereka dan menguatkan ikatan mereka dengan bumi mereka serta menanam kefahaman dalam minda dan diri mereka terhadap hak mereka kembali ke tanah air mereka.

- Menyusun seminar-seminar dan pemeran-pameran bertujuan mendedahkan pencerobohan penjajah Israel terhadap hak kanak-kanak Palestin melalui media massa yang digarap secara teliti.

- Menguatkan peranan media massa elektronik dalam menyelesaikan isu-isu kanak-kanak Palestin.

Ke Empat: Kerjasama Antara Yayasan-Yayasan Dan Persatuan-Persatuan Bukan Kerajaan

- Mengutamakan kerjasama dan membangunkan bentuk-bentuk kerjasama yang disepakati di antara pelbagai yayasan yang menumpukan bidang kerja dalam hal ehwal kanak-kanak secara am dan kanak-kanak Palestin secara khusus.

- Mencari cara yang terbaik bagi menggerakkan usahasama demi membangunkan kanak-kanak Palestin.

Pembentukan Dua Lajnah:

Dua Lajnah dapat dibentuk iaitu:

1- Lajnah Hak Asasi Kanak-kanak yang bertanggungjawab mengenengahkan dan mempromosikan resolusi muktamar kepada kerajaan-kerajaan, pihak yang membuat undang-undang dan persatuan-persatuan.

2- Lajnah Profesional Bagi Mempertahankan Hak Kanak-kanak yang bertanggugjawab mempertahankan dan memantau pencerobohan hak kanak-kanak.

Sebagaimana muktamar juga berjaya melancarkan website khusus bagi kanak-kanak yang beralamat: www.atofula.net.
 
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....