Salam Aidil Fitri 2024
Artikel
PROPAGANDA DAN DISINFORMATION: SATU ANALISA TERHADAP SEJARAH- Abumohd -



 
Artikel ini akan cuba seringkas mungkin, (1) mengupas definasi serta peristiwa berkait propaganda dan "disinformation"didalam rantaian sejarah, (2) menyatakan beberapa contoh golongan barat yang popular di mata umum masa kini, yang dikhuatiri merupakan agen menyebarkan propaganda, serta (3) apakah langkah yang boleh diambil sebelum mencerna maklumat, bagi mengelakkan kita dari menjadi mangsa kempen secara subliminal dan halus ini.

ABSTRAK

Ahli psikologi tersohor, Joseph Goebbels menulis bahawa "jika masyarakat disirami dengan penipuan demi penipuan, akhirnya mereka akan mempercayai penipuan itu."Propaganda (atau fitnah) dan "disinformation”, biasanya bergerak seiring, dan boleh didefinasikan sebagai maklumat yang tidak benar atau palsu. Ianya berlaku disemua peringkat: pejabat, rumahtangga, komuniti kecil masyarakat, negara bahkan dunia. Namun didalam artikel ringkas ini, penulis akan memberi fokus kepada gerakan di peringkat global, yang kini sedang melanda sekian ummah.

Didalam rantaian sejarah Dunia Moden (1900an - kini), beberapa peristiwa besar telah tercatat sebagai penting didalam rantaian sejarah dunia, dan memberi impak terhadap perjalanan dunia moden sekarang. Ianya termasuklah Perang Dunia Pertama, penyebaran fahaman Marxis-Komunis di Russia sewaktu ambang Bolshevism, Perang Dunia Kedua dan kebangkitan hero German bermisai sejemput yang menghenyak Yahudi, Perang Dingin, keruntuhan USSR dan yang paling segar, serangan ke atas World Trade Center pada tahun 2001. Artikel ini akan berusaha mengupas siri-siri propaganda yang berlaku didalam beberapa peristiwa yang dinyatakan. Didalam kebanyakan peristiwa tersebut, ada kewujudan gerakan "false flag"(memusnahkan sesuatu demi meraih kepentingan lebih besar), dan kebanyakan berakhir dengan jayanya dan mencapai matlamat tertentu.

PERANG DUNIA PERTAMA (1914 - 1918)

Pada bulan Mei tahun 1915, sebuah kapal bernama RMS Lusitania milik Amerika dan British, telah berlayar ke Ireland. Didalam pelayaran itu, sebuah torpedo German menghentam kapal Lusitania. Para sejarawan berbeza pendapat tentang jumlah sebenar nyawa yang terkorban, namun angkanya lebih 1000 orang. Daripada jumlah itu, lebih 100 orang merupakan warga Amerika Syarikat.

Pelayaran itu berlansung tatkala Perang Dunia Pertama meletus diantara kuasa Britain (Allied and Associates Powers) melawan German (Central Powers). Keadaan perang waktu itu adalah statik; dimana masih tiada pemenang meskipun sudah ribuan nyawa melayang. Britain dan rakan-rakan didalam perikatan melihat bahawa Amerika Syarikat perlu diheret menyertai pakatan mereka, supaya memecahkan tembok "the balance of power"agar mereka (Britain dan sekutu) boleh memenangi Perang Dunia Pertama. Amerika Syarikat ketika itu masih berpegang teguh kepada polisi George Washington agar mereka bersikap neutral dan tidak memihak kepada kuasa-kuasa asing. Namun, keupayaan militari negara itu dilihat oleh Britain sebagai berupaya memecahkan keseimbangan kuasa dan memberi kemenangan, maka disinilah berlakunya insiden "false flag"ke atas Kapal Lusitania, sebagai justifikasi untuk mengheret Amerika Syarikat agar menyertai pakatan Britain, bagi melawan German dan sekutunya.

Dipendekkan cerita, selepas torpedo menghentam Lusitania, berita kekejaman German segera tersebar di seluruh pelusuk negara Amerika Syarikat. Dihebahkan melalui ucapan dan pidato, samada di jalanan mahupun di dewan-dewan masyarakat, bahawa German dan pakatannya bertindak kejam kerana menghentam Lusitania yang hanya membawa penumpang biasa yang bukan askar. Kebetulan (sebenarnya dirancang), sebahagian dari penumpang itu terdiri dari kalangan warganegara Amerika Syarikat, termasuk beberapa orang merupakan rakan karib Presiden Woodrow Wilson ketika itu. Semuanya adalah demi meraih sokongan rakyat agar bersetuju dengan White House untuk menyertai perang.

Akhirnya, lewat tahun 1917, Amerika Syarikat memungkiri falsafah George Washington untuk bersifat berkecuali, dan mula menghantar armada penuh tentera bagi menyertai Perang Dunia Pertama - sebuah perang Eropah yang lansung tidak berkepentingan kepada negara itu (sekiranya kita belajar sejarah perang itu dari sudut arus perdana yang popular). Selepas insiden itu, banyak inkuiri dan "post mortem"telah dilaksanakan, samada oleh agensi kerajaan mahupun sejarawan, yang mendedahkan bahawa serangan ke atas kapal Lusitania adalah sebuah serangan "false flag”, demi menghalalkan penyertaan Amerika Syarikat ke dalam Perang Dunia Pertama.

Siapakah yang mendapat keuntungan dari projek sosial ini? Disamping syarikat-syarikat seperti J.P Morgan, firma Rothchilds Freres di Perancis serta beberapa konspirator didalam White House dan kerajaan Britain (terutama Colonel House dan Sir Edward Grey), manfaat lebih besar hasil perang ini dapat dilihat pada siri-siri peristiwa penting yang menyusul pada dekad-dekad selanjutnya; terutama Perjanjian Versailles, penubuhan Liga Negara-Negara Bangsa (League of Nations), Bolshevism di Russia dan Perang Dunia Kedua.

InsyaAllah didalam siri-siri artikel selanjutnya, penulis akan cuba mengupas dan memanjangkan analisa ini, buat diteladani oleh kita semua. Sekian, terima kasih.

Fahmi Faiz,

Penulis

RUJUKAN DAN BACAAN LANJUT:

1. Edward Bernays, 1928, "Propaganda”

2. Colin Simpson, 1972, "The Lusitania”

3. Joseph Lash, 1976, "Roosevelt and Churchill: The Partnership that Saved the West”

4. Arthur M. Schlesinger, 1958, "The Coming of the New Deal”

5. Charles Callan Tansill, 1942, "American Goes to War”

6. Philip Parker, 2012, "World History: Eyewitness Companion”



 
Catatan: Abumohd   |   13 Januari 2017
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....