Artikel
Laparnya mereka, laparnya kita jua- Abumohd -



 


Isu dan permasalah tahanan rakyat Palestin di penjara Israel, lapar dan derita, demi sebuah kebebasan dan kemuliaan tidak bersifat nasional, secara jujur ketahuilah ia adalah bersifat global dan antarabangsa; kedudukan mereka di dalam penjara adalah seperti dalam kedudukan mereka mempertahankan nilai-nilai kebebasan, maruah, martabat dan keadilan, terpaksa di bayar dengan harga yang cukup tinggi untuk melayakkan mereka mendapatkan kemuliaan disisi Allah; seseorang yang melayakkan dirinya berkorban apa sahaja, harta, diri, keluarga dan nyawa demi agamanya layak mendapat kemenangan.

Jika seorang tahanan Israel mogok makan hanya untuk satu hari, dunia bangkit dan tidak akan duduk sekiranya tidak diselesaikan dengan segera, tersebar diseluruh pelusuk dunia, gambar-gambar mereka terpampang di dada-dada akhbar pada muka hadapan, menjadi buletin utama setiap jam di siaran-siaran antarabangsa, nasib penjajah cukup terbela, kita pun tumpang kasihan kepada mereka. Lihat sahajalah "Shalit", dunia tidak tidur dan tidak mampu melelapkan mata walau sekelip.

Hero-hero kita, tahanan Palestin di penjara Israel, tanpa mogok lapar mereka, isu-isu panas Palestin akan beralih kepada rakyat Palestin yang sememangnya sentiasa hangat dengan isu kemanusiaan, persaudaraan dan keagamaan, jarang sekali untuk menemukan rakyat Palestin yang tiada makanan tanpa bersebab, menderita kerana dipenjara, disini bermula dan kekalnya sensitiviti yang terus hidup di dalam jiwa rakyat Palestin dari masa ke semasa, penderitaan berterusan selagimana berterusannya mogok lapar ini, sekiranya salah seorang dari mereka gugur syahid maka yang lain pastinya dalam keadaan penderitaan yang teramat sangat.

Berapa banyak kisah-kisah juang rakyat Palestin, bermati-matian mempertahankan tanah suci ini, berdepan dengan syaitan yang paling durjana di atas muka bumi ini !!! Isu tahanan Palestin sebenarnya menyimpul eratkan semua hati-hati rakyat Palestin dengan apa juga latar belakang dan pemahaman, membina kekuatan berdepan dan mencabar penjajah Zionis Israel yang terkenal dengan sifat maha zalim, tidak pernah menghormati sebarang perjanjian damai yang hanya akan akhirnya dipermainkan sahaja, merobek-robek isi perjanjian, inilah satu titik kenyataan yang kekal buat mereka.

Menjadi tahanan kepada penjara rejim Zionis Israel bererti menanti kematian secara perlahan-lahan, masa berlalu terlalu cepat di luar penjara, akan tetapi sesaat di dalam penjara adalah sesuatu yang berat dan sukar, bersamanya penderitaan, kematian sentiasa mengejar tahanan ini terutamanya dalam keadaan isolasi.

Usaha-usaha solidariti ke atas tahanan harus di kembang dan di tingkatkan dan ianya tetap akan berkembang dan akan sampai ke dunia Barat yang mendukung penjajahan ini; lama kelamaan mereka akan mengetahui realiti sebenar apa yang akan dilakukan terhadap tahanan Palestin yang mulia ini.

Tahanan, Samer Al-Issawi, Ayman Shrawneh dan seluruh tahanan lainya menahan lapar hanya untuk kemuliaan dan kebebasan, tidak ketinggalan penduduk di sekitar mereka melancarkan serangan "mengosongkan perut" setelah penjajah Israel memaksa mereka untuk melakukannya, dengan kezaliman yang tidak akan mampu ditanggung oleh seorang manusia, dalam pertempuran sengit ini mereka sebenarnya tidak berseorangan. Setiap usaha pasti ada kemenangan.

Jika solidariti bersama tahanan sejauh ini masih terus hidup, tetapi masih tidak sampai ke peringkat sebagaimana para tahanan lakukannya, tiada penderitaan dan kepayahan maka tugas solidariti ini adalah tanggungjawab negara, agama dan akhlak.

Apa yang difahami oleh Al-Issawi dan Shrawneh, kemenangan hanya datang selepas kesabaran, kesabaran mereka lebih hebat dari dinding penjara, sel-sel dan kawat berduri dan kemenangan pada hujungnya adalah pemilik kepada kebenaran, barangsiapa memperkosa Palestin dengan melupainya buat seketika, sejarah tidak akan mengenali mereka.



 
Sumber: Khaled Maali, POL   |   Catatan: Abumohd   |   21 Februari 2013
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....