Artikel
Kubah Al-Mi'raj
Ianya merupakan salah sebuah kubah dari kubah-kubah di persekitaran Masjid Al-Aqsa yang terletak disebelah kanan Kubah Al-Sakhrah.


0

Dibina oleh Amer Al-Isfishilar Izzuddin yang menjadi wali Bandar Al-Quds pada tahun 597h/1201m iaitu di zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi. Ia dibina untuk memperingati peristiwa mi'raj Rasulullah sallahu'alaihiwasallam.

Kubah ini ialah satu binaan kecil yang mempunyai lapan penjuru. Dindingnya ditutupi dengan papan yang diperbuat dari marble putih dan terdapat satu mihrab disebelah selatan. Terdapat satu pintu disebelah utara dan tiga tiang utama. Bahagian atas kubah tersebut ditutupi dengan plambam. Kubah ini mudah dikenali kerana terdapat diatasnya satu kubah kecil seolah-olah mahkota di atas kepala. Pada hari ini, ia diguna oleh Lajnah Pembangunan di Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak.


0
 
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....