Artikel
Konfrontasi Di Kem Pelarian Jenin- Mohamad Shah Rezza -



 


13 Mei 2013 - Konfrontasi keganasan berlaku di kem pelarian Jenin pada waktu subuh hari Isnin selepas Pasukan Pendudukan Israel (IOF) menyerbu kem dan menahan dua penduduk.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera rejim Zionis dalam 20 kereta perisai memecah masuk ke kem pada 2:00 pagi ini dan melepaskan tembakan berat secara melulu hingga mencetuskan pertempuran dengan pemuda Palestin di kem yang berterusan sehingga waktu pagi.

Penduduk tempatan berkata bahawa tentera memusnahkan perabot tahanan dan barang-barang peribadi sebelum membawa mereka pergi,sambil menambah bahawa bunyi tembakan kedengaran di sekitar rumah mereka.

Penduduk tempatan memberitahu Quds Press bahawa pejuang Palestin menembak tentera rejim yang menyerang tetapi tiada kecederaan dilaporkan.



 
Sumber: The Palestinian Information Center   |   Catatan: Mohamad Shah Rezza   |   13 Mei 2013
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....