Artikel
KRISIS DUNIA - KEGAGALAN MEMAHAMI SEJARAH?- Abumohd -



 
Francis Fukuyama, bekas neoconservative bangsa Jepun, pernah menulis bahawa selepas blok Komunis runtuh pada lewat tahun 1980an, sejarah akan berakhir. Menurut Fukuyama, "besar kemungkinan, era yang mendatang akan berlansung dengan penuh kebosanan, sehinggalah sejarah yang baru pula muncul."

Sejarawan konservatif itu berhujah, siri kejatuhan Soviet menandai bahawa sejarah sudah berakhir, dan kemenangan jatuh kepada kuasa demokrasi kapitalis yang liberal.

Namun nampaknya, Fukuyama sang neocons itu salah. Sejarah bukan sahaja belum berakhir, malah menjadi semakin kompleks.

Artikel ini akan cuba menghuraikan peristiwa penting seusai runtuhnya Soviet Komunis, sehinggalah kepada krisis global yang disifatkan bakal membawa dunia kepada Perang Dunia Ketiga.

PASCA KEJATUHAN SOVIET SEHINGGA 9/11
Seusai runtuhnya Tembok Berlin dan disusuli oleh keruntuhan USSR pada sekitar era 80an dan 90an, dunia mengalami fasa yang secara relatifnya aman dan bebas dari ancaman peperangan besar seperti Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sumbangan terbesar fasa itu ialah berakhirnya Perang Dingin.

Namun semuanya mulai menampakkan perubahan apabila pada September 2001, selepas bangunan WTC, Building 7 dan beberapa yang lain di Amerika Syarikat diserang pengganas, dunia yang sebelum itu hanya mengenali komunis sebagai penjahat, kini tiba-tiba diancam musuh baru: ekstremis Islam yang juga digelar terrorist.

Mulai itu, kempen memerangi pengganas berleluasa, dan begitu juga dengan serangan-serangan keganasan yang menggila. 2002 misalnya, Bali diserang bom. 2003, Morocco pula diserang, dan begitulah selanjutnya cerita yang memenuhi akhbar dan berita.

PASCA 9/11 SEHINGGA ARAB SPRING
Kemudian, dalam pada dunia huru-hara akibat gelombang kumpulan pengganas ini, muncullah pula gelombang lain bernama revolusi, yang mengambil tempat di Asia Barat.

Gelombang itu dinamakan Arab Spring. Seperti kebanyakan revolusi lain sebelumnya, ekonomi menjadi faktor utama revolusi ini.

Mengulangi skrip tekanan ekonomi yang sama seperti sewaktu revolusi di Perancis (1789) dan Rusia (1917), revolusi Arab kali ini juga dimonopoli oleh majoriti belia muda kelas pertengahan, kerana mereka mampu memiliki 'senjata' dahsyat yang menggerakkan revolusi.

Bermula di Tunisia, tsunami revolusi yang menggunakan facebook dan talifon pintar sebagai pengganti Kalashnikov ini mulai bercambah dan melarat ke hampir seluruh benua itu.

Teknologi itu mampu mempercepatkan sebaran berita. Kesannya, pemuda-pemuda di negara lain turut terinspirasi. Siapa yang tidak mahu turut serta? Harga rumah meningkat, peluang pekerjaan menyusut, inflasi, korupsi pemerintah yang diktator; barangkali hanya revolusi sahaja yang dapat mengakhiri masalah ini. Akhirnya ibarat permainan domino, satu per satu negara Arab lain dilanda badai yang sama - Libya, Iraq, Yemen, Syria dan banyak lagi.

ARAB SPRING + FREEDOM FIGHTERS + PENGGANAS = RESIPI KEMUSNAHAN
Revolusi itu menyaksikan banyak perubahan. Pertama, pemimpin-pemimpin diktator ditumbangkan. Kedua, kebanyakan gerakan revolusi berakhir dengan kemusnahan awam yang mengakibatkan keadaan ekonomi yang lebih parah berbanding sebelum revolusi berlaku (e.g. pelabur lari, infrastruktur penting seperti sekolah dan hospital musnah, infrastruktur yang menjana ekonomi seperti pelantar minyak rosak). Kesan paling buruk ialah, revolusi yang pada asalnya hanya dilakukan secara aman - demi mengelakkan pertumpahan darah, dengan matlamat yang tidak lebih dari sekadar menamatkan kontrak kerja pemimpin diktator yang korup - berubah menjadi krisis berdarah yang membawa kepada konflik perang saudara dan lebih buruk lagi: perang proksi

Semua ini akhirnya meninggalkan negara-negara terlibat menjadi negara yang gagal (failed states). Lompong-lompong itu kemudiannya diisi oleh kumpulan pejuang pembebasan pula. Golongan belia yang asalnya hanya memegang talifon pintar sebagai senjata revolusi, kini menggalas pula raifal, pelancar roket dan bom tangan. Jika sebelumnya mereka membawa nama revolusioner, kali ni mereka berjuang sebagai freedom fighters pula.

Membuatkan keadaan tambah bermasalah ialah, kumpulan-kumpulan pengganas pada pasca 9/11 turut menghidu peluang. Selepas melalui beberapa proses penjenamaan dan pemasaran, mereka akhirnya turun padang sebagai aktor didalam krisis itu. Kumpulan seperti Taliban, Al Qaeda, Abu Sayyaf dan sebagainya muncul dengan identiti baru dan mulai memenuhi pentas konflik, menambah rencah terhadap permasalahan.

CUI BONO (SIAPAKAH YANG MENDAPAT FAEDAH)?
Siapakah yang mendapat manfaat daripada krisis ini? Pemuda-pemuda berdarah rebel? Mereka bukan sahaja gagal memperbaiki ekonomi, malah lebih buruk apabila terpaksa menjadi pelarian. Freedom fighters? Perjuangan mereka, meskipun berlandaskan kepada perjuangan suci mempertahankan darah saudara Muslim, namun memanggil serigala-serigala berbulukan NATO dan Amerika Syarikat; menjadikan proses perjuangan melarat. Kolonialis barat? Kehadiran jutaan pelarian nampaknya sesuatu yang tidak memberi keuntungan. Jadi, siapa yang mendapat untung?

ZIONIS ISRAEL
Sebahagian besar pasti biasa mendengar desas-desus bahawa krisis tersebut digerakkan oleh diktator Arab, kartel-kartel minyak, boogeyman seperti Illuminati atau Freemason, globalist, bankers seperti Federal Reserve dan IMF, serta bermacam lagi teori-teori konspirasi. Semua ini hanyalah bersifat pinggiran, kerana banyak bukti dan fakta telah mendedahkan bahawa punca krisis ini - bermula dari serangan 9/11 sehinggalah kepada revolusi yang menghancurkan Asia Barat - adalah demi memberi untung kepada Zionis Israel.

Jika benar kenyataan ini, kenapa media dan golongan akademia tidak mendedahkannya?

Di barat, dimana media dan akademia bertaraf dunia bertempat, anti-semitik adalah sesuatu yang paling mereka takuti. Anti-semitik bermaksud anti-Yahudi, dan ianya adalah senjata paling ditakuti. Mereka seboleh-boleh ingin mengelak daripada dilabel sebagai anti-semitik, kerana ianya berpotensi bukan sahaja menjejaskan kareer, bahkan mungkin berakhir dengan pemenjaraan. Ini mengakibatkan majoriti masyarakat barat menutup mulut dari berbicara soal Zionis Israel secara terang-terangan.

BAGAIMANA ZIONIS MENDAPAT UNTUNG?
Bagi menjawab persoalan ini, dokumen penulisan Oded Yinon mempunyai jawapan. Dokumen berjudul "A Strategies for Israel in Nineteen Eighties", terbitan jurnal Kivunim itu menjelaskan bahawa demi kepentingan keselamatan Israel, mereka perlu menghapuskan musuh-musuh mereka.

Siapakah musuh mereka? Musuh mereka ialah negara-negara Arab yang melingkarinya.

Hal ini kerana, sejak penubuhan negara haram itu mulai tahun 1948, banyak siri peperangan dilakukan oleh pakatan negara Arab bagi memerangi Israel. Demi membasmi terus musuh mereka, Israel membangunkan program nuklear sehingga mengakibatkan John F. Kennedy dibunuh. Disamping itu, Israel juga melaksanakan banyak gerakan subversif demi menumbangkan negara-negara Arab yang menjadi seteru utamanya.

Namun, oleh kerana polisi jahanam negara itu terutama terhadap Palestin, semakin banyak pihak membenci Israel, sehingga jurnalis anti-semitik bernama Seymour Hersh pernah mendedahkan bahawa Israel - pada satu tahap gila - berikrar didalam program Samson Option untuk menghancurkan semua musuhnya sekalipun seluruh dunia, menggunakan nuklear; meskipun nyawa mereka sendiri tergadai.

APAKAH BUKTI KENYATAAN INI?
1. 9/11 adalah rancangan Israel. Ianya dijayakan hasil sinergi diantara Mossad, Federal Beureau of Investigation (FBI), Central Intelligence Agency (CIA), neoconservative didalam kerajaan Amerika Syarikat, oligarki media serta Jewish symphatizers.

2. Iraq ditumbangkan kerana Saddam Hussein menjadi ancaman utama Israel. Didalam beberapa kejadian, Saddam secara terang-terangan didalam ucapannya kepada media, memberitahu bahawa Iraq akan menggunakan keupayaan membangunkan nuklear menjadi senjata, dan seorang bekas agen Mossad pernah mendedahkan bahawa agensi itu terlibat didalam banyak gerakan mensabotaj program nuklear Iraq.

3. Gerakan Arab Apring adalah hasil bantuan banyak agensi bukan kerajaan dan bukan profit, yang kebanyakannya adalah front organization kepada Israel, Mossad serta neocons Amerika Syarikat. Hal ini telah mendapat liputan dan pendedahan daripada beberapa media, termasuk media pro-Israel sendiri.

4. Seorang bekas jeneral tentera Amerika Syarikat, Wesley Clark pernah memberitahu media, beliau dimaklumkan oleh ahli berjawatan tinggi didalam kongres, bahawa Amerika - beberapa tahun sebelum Arab Spring - merancang untuk "menumbangkan tujuh negara dalam masa lima tahun; bermula dari Iraq, Syria, lubnan, Somalia, Sudan dan diakhiri oleh Iran."

Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat merupakan boneka Israel. Melalui agensi seperti AIPAC, ADL dan banyak lagi pelobi, Yahudi menguasai kongres dan kerajaan Amerika Syarikat.

5. Pendedahan beberapa agensi berita tentang penangkapan ratusan spy Israel di Amerika Syarikat sekitar kejadian 9/11.

6. Sejarah. Banyak bukti sejarah mendedahkan bahawa Yahudi menggunakan false flag, propaganda, penipuan dan hasutan bagi menumbangkan kerajaan dan empayar terdahulu. Menggunakan skrip yang hampir sama, propaganda tersebut termasuklah menjadikan korupsi pemerintah, penindasan golongan proletariat dan bawahan serta masalah ekonomi sebagai alasan. Diantara yang menjadi mangsa konspirasi mereka termasuklah Empayar Uthmaniah, Perancis pada sekitar tahun 1800, Empayar Tsar Rusia sewaktu era Bolshevik, Idi Amin di Uganda dan banyak lagi.

KESIMPULAN
George Santayana, ahli falsafah moden pernah berkata: "kegagalan memahami sejarah akan membuatkan manusia terhukum untuk mengulanginya."

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai Muslim yang bijak dan bertamadun, supaya membina kapasiti minda agar mengkaji dengan serius masalah yang melanda ummah sejagat ini, seterusnya menjadi lebih analitikal didalam mencerna sesuatu maklumat. Ini akan memberi upaya untuk kita lebih memahami sisi sebenar peristiwa-peristiwa sejarah, "agar kita tidak terhukum untuk mengulanginya".

Maka, sebelum pembaca budiman menerima bulat-bulat apa yang tercatat didalam artikel ini, kajilah asasnya. InsyaAllah, kebenaran pasti akan muncul dimata dan jiwa kalian.

Kepada yang prihatin, sebarkanlah artikel ini agar lebih ramai ummah mendapat manfaat. Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnua dari Allah SWT, dan keburukan adalah akibat kesilapan penulis sendiri.

Fahmi bin Faiz,
Penulis & Rakan Media Aman Palestin

RUJUKAN

1. Christopher Bollyn, 2012, "Solving 9-11"
2. Caroll Quigley, 1966, "Tragedy and Hope"
3. Eugene Rogan, 2010, " The Arabs: A History"
4. Gordon Thomas, 2012, "Gideon's Spy"
5. Henry Kissinger, 2014, "World Order"
6. Benjamin Beit Hallahmi, 1987, "The Israeli Connection"
7. Tamim Ansari, 2009, "Destiny Disrupted: A History of the World through Islamic Perspective"
8. Paul Danahar, 2013, "The New Middle East"
9. Misbahul Islam Faruqi, 1992, "Jewish Conspiracy and Muslim World"
10. Nesta Webster, 1924, "Secret Societies and Subversive Movements"
11. Nesta Webster, 1919, "The French Revolution"

Nota 1: Didalam artikel akan datang, penulis akan mengupas pula beberapa siri gerakan false flag yang pernah dilakukan oleh Israel dan Amerika Syarikat didalam memesongkan pandangan masyarakat dunia.

Nota 2: Demi memperjelaskan identiti, penulis adalah jurnalis yang mengkhusus didalam kajian dan penulisan tentang subjek krisis dan keselamatan Asia Tenggara. Ada tiga buku yang telah diterbitkan, termasuk yang terbaru mengisahkan ekspedisi penulis ke Selatan Thailand bagi menjejaki realiti konflik dan konspirasi disana. Sebelumnya juga, penulis melakukan kajian lapangan di Mindanao.



 
Catatan: Abumohd   |   7 November 2016
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....