Salam Aidil Fitri 2024
Artikel
Jamuan Amal Uitm dan anjuran bersama Aman Palestin Bagi Pembinaan Semula Masjid As Syafie, Gaza- Abumohd -



 
KUALA TERENGGANU : Sabtu, 28 Oktober 2017 - Satu Jamuan Amal anjuran Bersama Aman Palestin Cawangan Terengganu dan UiTM Cawangan Terengganu bagi mengumpul dana pembinaan semula Masjid As-Shafie di Gaza, Palestin telah dilaksanakan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato` Haji Mohd Zubir bin Embong (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu). Kutipan dana sebanyak RM 101,372 telah berjaya dikumpul.

Program ini merupakan kerjasama kali keempat antara Aman Palestin Cawangan Terengganu dan UiTM Cawangan Terengganu. Majis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyumbang sebanyak RM20,000, Sabasun HyperRuncit RM 20,000 dan UiTM Cawangan Terengganu RM 20,000. Selain itu sumbangan turut dihulurkan oleh individu-individu yang dermawan.

Pihak Aman Palestin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan ahli jawatankuasa program yang telah menjayakan program ini. Dana terkumpul akan disalurkan terus ke pejabat kami di Gaza. Pihak kami masih membuka ruang untuk penyumbang yang berminat menyertai wakaf pembinaan Masjid As Shafie memandangkan dana yang terkumpul masih belum mencukupi ketika ini.

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan ke akaun atas nama Aman Palestin Berhad :
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353


#denganjiwa
#dengandarahkami
#jommenyumbang
#AmanPalestin



 
Catatan: Abumohd   |   23 November 2017
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....