Artikel
Info Ringkas: Masyarakat Palestin
Masyarakat Palestin terdiri daripada beberapa lapisan iaitu masyarakat moden, masyarakat kampung, masyarakat pedalaman (badwi), dan pelarian.



Masyarakat moden ialah mereka yang tinggal di bandar-bandar yang menyediakan perkhidmatan yang lebih sempurna seperti elektrik, air, kesihatan, talian telefon dan lain-lainnya. Terdapat juga pejabat-pejabat kerajaan. Kawasan ini juga merupakan tempat berlakuknya aktiviti-aktiviti penjanaan ekonomi seperti perniagaan, perkilangan dan seumpamanya.

Masyarakat kampung dan pedalaman pula ialah mereka yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman iaitu kawasan selain bandar. Jenis perkerjaan yang dijalankan oleh masyarakat ini ialah pertanian. Taraf hidup mereka juga lebih rendah berbanding kehidupan di bandar. Di kawasan pedalaman pula kegiatan perternakan merupakan perkerjaan utama.

Masyarakat Pelarian Palestin pula ialah mereka yang tinggal di kem pelarian. Kem pelarian Palestin boleh diibaratkan kem-kem perkhemahan pelarian yang diwujudkan untuk menempatkan rakyat Palestin yang rumah mereka telah diroboh dan mereka dan dihalau dari tanah mereka oleh rejim Zionis. Kebanyakan kem pelarian tersebut berdekatan dengan kawasan bandar.

Terdapat 524 ribu pelarian di Tebing Barat dan 435, 263 pelarian di Gaza. Khemah-khemah pelarian mereka berhadapan dengan banyak masalah antaranya:
  • Kepadatan penduduk.

  • Kelemahan perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk.

  • Kemerosotan taraf hidup dan bergantung dengan apa yang diberikan oleh UNRWA sahaja.

Masyarakat Palestin mempunyai ciri-ciri dan kelebihannya tersendiri mengikut peringkat-peringkat yang telah dilalui dengan penuh ujian dan tribulasi. Bagi mengetahui cabaran dan keadaan masyarakat Palestin, kita boleh bahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:
  • Peringkat sebelum tahun 1948

  • Peringkat selepas tahun 1948 hingga 1967

  • Peringkat selepas 1967 hingga 1987

  • Peringkat 1987 hingga 1993

  • Peringkat 1993 hingga 2000

  • Peringkat 2000 hingga sekarang.

Peringkat Sebelum Tahun 1948

Pada peringkat ini, masyarakat Palestin hidup seperti masyarakat Arab sekitar yang lain. Mereka mempunyai pertalian rapat antara mereka samada masyarakat bandar, kampung, pedalaman (badwi) dan seumpamananya tanpa ada sekatan dan halangan. Masyarakat Palestin juga bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja negara sekitarnya sebagaimana masyarakat lain juga bebas untuk datang ke Palestin dan ia juga terbuka untuk masyarakat luar keseluruhannya. Pada peringkat ini masyarakat Palestin terbina dengan kukuh dan mereka hidup bergantung kepada aktiviti perniagaan, pertanian dan penternakan. Namun selepas kelahiran negara Yahudi pada tahun 1947 dan disahkan oleh PBB pada tahun 1948, ia merupakan noktah yang mengubah keadaan masyarakat Palestin daripada kehidupan dan kebiasaan mereka.

Peringkat Selepas Tahun 1948 Hingga 1967

Yahudi mula memasuki Palestin semenjak tahun 1917 dengan kebenaran British. Mereka telah mula membina kehidupan mereka di bumi Palestin sebagai perancangan untuk menjajah dan menguasainya serta menghalau penduduk Islam Palestin. Tahun 1948 merupakan tarikh yang menyaksikan Yahudi mengeluarkan taringnya dan mendedahkan perancangan mereka yang sebenar. Zionis Yahudi mula menyerang bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin dan melakukan pembunuhan yang amat keji dan dasyat sehingga berpuluh-puluh ribu rakyat Palesin terbunuh.

Peperangan pada tahun 1948 telah menyebabkan lebih 714 ribu rakyat Palestin dihalau dari tanah tumpah darah mereka dan dari rumah-rumah mereka. Bilangan tersebut bertaburan menduduki khemah-khemah pelarian di dalam Palestin dan menjadi pelarian di negara-negara jiran Palestin seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lubnan.

Zionis Yahudi bukan sahaja mengganas pada tahun 1948, bahkan mereka teruskan misi mereka di tahun-tahun berikutnya. Pada masa yang sama Gerakan Yahudi Sedunia telah memindahkan beratus-beratus yahudi dari negara-negara seluruh dunia ke bumi Palestin bertujuan untuk menekan kewujudan rakyat Palestin, dan satu usaha untuk menambahkan bilangan Yahudi di bumi Palestin sakaligus menubuhkan negara haram mereka dan menafikan serta menghalau rakyat Palestin.

Peringkat Selepas 1967 Hingga 1987

Pada tahun 1967 berlaku satu peperangan yang membawa kepada penjajahan keseluruhan bumi Palestin dan menundukkannya di bawah kuasa penjajah. Pada masa yang sama rejim Yahudi terus melakukan penyembelihan demi penyembelihan untuk merealisasikan matlamat dan perancangan mereka. Berpuluh-puluh pembunuhan dilakukan oleh Yahudi mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Palestin, dan memaksa mereka meninggalkan rumah-rumah dan kampung-kampung mereka berhijrah mencari tempat yang selamat dan aman. Keadaan sebegini terus berterusan cuma rakyat Palestin lebih memahami dan berhati-hati serta mengetahui perancangan Yahudi. Oleh itu mereka cuba melawan Yahudi dengan beberapa tindakan:
  • Terus menetap dan kekal di bumi Palestin walaupun dihalau, diroboh rumah-rumah mereka. Tindakan ini adalah satu tindakan yang amat berkesan untuk jangka masa panjang di mana ia dapat mengekalkan kewujudan dan kesinambungan rakyat Palestin di tanah kelahiran mereka walaupun pelbagai bahaya dan ancaman yang mengancam mereka.

  • Menolak campurtangan Yahudi dalam masalah-masalah peribadi demi kemaslahatan dan menolak juga pertelingkahan dalaman antara kabilah-kabilah dalam masyarakat Palestin. Dengan tiada campurtangan Yahudi dan kesatuan antara kabilah-kabilah di Palestin, masyarakat Palestin lebih kuat dalam menghadapi ancaman Yahudi.

Peringkat 1987 Hingga 1993

Peringkat ini dianggap peringkat yang paling bermakna dalam sejarah Palestin kerana bermulanya intifadhah yang pertama bertujuan menjaga identiti dan kewujudan rakyat Palestin dibumi mereka. Pergerakan HAMAS juga ditubuhkan di peringkat ini iaitu pada tahun 1987.

Selepas peperangan tahun 1976 dan juga peperangan yang berlaku selepasnya, satu kebimbangan telah wujud sekiranya berlaku perubahan sikap masyarakat Palestin dengan menerima kewujudan Yahudi dan bekerjasama dengan mereka sehingga terbentuk satu masyarakat yang baru di Palestin. Kebimbangan juga wujud sekiranya kesan penjajahan Yahudi membawa kepada rakyat Palestin melupai hak-hak mereka terhadap bumi mereka yang dijajah. Oleh itu Intifadah Yang Pertama pada tahun 1987 dilancarkan bagi menyedarkan rakyat Palestin dan memberitahu mereka tentang hak-hak mereka dan menolak untuk hidup bersama penjajah Yahudi. Intifadah ini berterusan sehinggalah akhir tahun 1993.

Antara perkara penting yang berlaku diperingkat ini boleh diringkaskan seperti berikut:
  • Permulaan kesedaran sebenar di kalangan rakyat Palestin tentang hak-hak mereka dan berusaha untuk mendapatkan hak-hak tersebut sehingga mereka berusaha mendapatkan hak pekerjaan dan pendidikan yang merupakan asas dalam kehidupan.

  • Tidak menerima keputusan-keputusan dari luar dan cuba mendapatkan hak dengan kuasa mereka sendiri yang ada.

  • Cuba mengembalikan kekuatan ikatan antara masyarakat Palestin sebagaimana sebelumnya.

  • Masyarakat Palestin mewajibkan ke atas diri mereka menerima realiti antarabangsa yang mereka dilupakan dan penderitaan yang dialami oleh mereka juga dilupakan hari demi hari yang berlalu.

  • Berusaha mewujudkan kuasa rakyat Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang memiliki organisasi dan struktur kewujudannya tersendiri.

Peringkat 1993 Hingga 2000

Intifadhah Yang Pertama telah membuahkan hasilnya tanpa melupakan pengorbanan masyarakat Palestin samada nyawa atau harta mereka dalam menghadapi Rejim Yahudi. Intifadah tersebut telah mengoncangkan air yang tenang dan membangkitkan kelesuan dunia sehingga masyarakat antarabangsa berusaha menghentikan suara-suara rakyat Palestin degan memberikan beberapa hak mereka. Dari sini bermulalah perjanjian demi perjanjian dengan Pertubuhan-pertubuhan Pembebasan Palestin yan berpusat diluar Palestin dan sebarang perjanjian yang megurangkan hak rakyat Palestin adalah ditolak oleh mereka. Akhirnya berlaku Perjanjian Oslo pada tahun 1993m dan bermulalah pelaksanaan perjanjian tersebut di bumi Palestin di awal tahun 1994m.

Antara ciri-ciri peringkat ini ialah:
  • Tenang di samping berjaga-jaga berhadapan dengan apa sahaja perkembangan terbaru dalam menanggani Isu Palestin.

  • Penglibatan Kerajaan Palestin dan mula melaksanakan pemerintahan sendiri di beberapa bandar di Palestin seperti Gaza, Ariha dan kemudian meliputi bandar-bandar lain.

  • Mengembalikan struktur masyarakat baru bersesuaian dengan keadaan dan suasanan baru di Palestin.

  • Proses membina masyarakat Palesti dari dalam namun pembinaan tersebut agak perlahan khususnya secara rasmi kerana tekanan dari luar.

  • Pihak Israel mengguna peluang yang ada di peringkat ini dengan mewujudkan masalah dalaman di kalangan masyarakat Palestin dan berusaha mengadakan fitnah antara mereka bagi mencetuskan perang saudara antara mereka. Namun masyarakat Palestin dapat menyekat dan menyedarinya.

Peringkat 2000 Hingga 2006

Secara tepat peringkat ini bermula selepas 29 September 2000 iaitu selepas Intifadhah Al-Aqsa dilancarkan kerana Rejim Zionis pimpinan Arel Sharon telah menceroboh Masjid Al-Aqsa.

Setelah pihak Israel gagal mewujudkan fitnah dan peperangan saudara antara rakyat Palestin, mereka mula mencari cara dan jalan terbaru untuk menggugat kekuatan rakyat Palestin dan mencari helah untuk mengingkari perjanjian yang telah dimeterai. Dengan itu, bermulalah Intifadahah Al-Aqsa untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan mengembalikan kemuliaan bumi Palestin kepada pemiliknya yang sebenar. Antara perkara penting di peringkat ini ialah seperti berikut:
  • Pihak Israel berusaha mewujudkan pertelingkahan dalaman antara rakyat Palestin dengan menggunakan pekerja-pekerja yang berkhidmat dengan mereka dari kalangan rakyat Palestin.

  • Rakyat Palestin mengetahui perancangan Yahudi dan menyedarinya. Oleh itu mereka menganggap perjanjian dengan Yahudi terbatal kerana pihak Israel tidak menghormati perjanjian yang termeterai tersebut.

  • Masyarakat Palestin hidup dalam keadaan terpinggir apabila pelbagai sekatan dikenakan ke atas mereka yang berterusan samada di bandar atau dikampung.

  • Israel telah cuba menghancurkan asas pembinaan kekuatan rakyat Palestin namun ia tidak berjaya.

  • Terbentuk satu kesatuan rakyat Palestin di sebalik matlamat mereka yang satu iaitu berjuang mendapatkan hak-hak mereka.

Peringkat 2006 Hingga Sekarang

Sebaik sahaja pilihanraya Umum Palestin 25 Januari 2006 diumumkan, HAMAS berjaya memenangi 76 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan, ini bermakna HAMAS mendapat 60.5% daripada suara rakyat. Fatah, yang merupakan mantan parti memerintah hanya berjaya memenangi 43 kerusi sahaja, manakala 13 kerusi yang lain dimenangi oleh parti-parti kecil yang lain. Lebih 77.9% rakyat Palestin yang layak mengundi dilaporkan telah membuang undi mereka di dalam pilihanraya kali ini.

HAMAS enggan mengiktiraf rejim Zionis Israel selagi pendudukan tanah Palestin oleh Yahudi berterusan. Hamas tidak akan masuk ke dalam perangkap Zionis yang sama sepertimana PLO terperangkap selama 10 tahun. "Fatah mengiktiraf Israel pada tahun 1989, apakah hasilnya? Adakah Israel menghentikan pendudukan tanah air kita? Adakah Israel mengurangkan kekuasaannya?"
 
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....