Artikel
Gambaran Tentang Kem Pelarian Palestin Di Lubnan
Rakyat Islam Palestin mula menjadi pelarian di Lubnan semenjak tahun 1947 apabila negara haram Israel diisytiharkan. Dianggarkan sebanyak 800,000 hingga 1 juta penduduk rakyat Palestin menjadi pelarian di negara-negara berdekatan di antaranya Lubnan yang menempatkan dan menerima lebih kurang 120,000 pelarian Palestin. Namun bilangan mereka semakin meningkat apabila bertambahnya kelahiran setiap tahun sehingga ke angka 359,000 orang mengikut perangkaan yang dkeluarkan oleh UNRWA pada tahun 1997.


0

Pada tahun 1949, PBB telah mengeluarkan satu resolusi bernombor 302 meminta menubuhkan satu badan bagi mewakili pelarian Palestin yang diberi nama Wakil Bantuan Dan Urusan Pelarian Palestin UNRWA bagi mengurus urusan pelarian dan memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh mereka dalam bidang bantuan am, kesihatan, pendidikan, hal ehwal kemasyarakatan dan pekerjaan. Resolusi tersebut dikeluarkan selepas gagalnya resolusi bernombor 194 yang meminta rejim Israel membenarkan pelarian Palestin kembali ke tempat tinggal asal mereka yang telah ditinggalkan atau membayar gantirugi kepada mereka yang tidak mahu kembali dan berbuat sedemikian.

Dengan itu, pelarian Palestin ditempatkan di 12 perkhemahan pelarian utama di Lubnan selain perkampungan-perkampungan di samping dua kem pelarian yang telah roboh dan hancur sama sekali dan tidak dibenarkan membinanya kembali iaitu Kem Pelarian Nabtiah yang telah dibom oleh Israel pada tahun 1974 dan Kem Pelarian Tal Az-Za'tar dan Jisr Al-Basha yang musnah disebabkan peperangan saudara pada tahun 1976.


0


12 KEM PELARIAN DI LUBNAN:

Jajahan Utara:
Kem Pelarian Al-Badawy dan Kem Pelarian Nahr Al-Barid.

Jajahan Al-Biq'aa:
Kem Pelarian al-Khalil "Waifal".

Jajahan Beirut:
Kem Pelarian Barju Al-Barajinah, Kem Pelarian Syatila, Kem Pelarian Mar Ilyas, dan Kem Pelarian Ad-Dhibbiah.

Jajahan Soida:
Kem Pelarian 'Ain al-Hulwah dan Kem Pelarian Al-Mayyah Wamayyah.

Jajahan Sour:
Kem Pelarian Ar-Rasyidiah, Kem Pelarian Al-Barju As-Syimaly dan Kem Pelarian Al-Bas.


KEADAAN MASYARAKAT PELARIAN:

Masyarakat pelarian Palestin di Lubnan boleh dikategorikan kepada 4 golongan berikut:

1) Golongan yang terpaksa berpindah:
Golongan ini terdiri daripada pelarian Palestin yang terpaksa berpindah akibat kem-kem pelarian mereka yang telah roboh dan hancur keseluruhan atau separuhnya yang memaksa mereka berpindah ke kawasan-kawasan yang aman di khemah-khemah pelarian, garaj-garaj yang dibina untuk mereka dan tempat-tempat lain yang sememangnya tidak sempurna dan sesuai untuk dijadikan penempatan dan tempat tinggal.

2) Keluarga Syuhada':
Peperangan dan roket yang dilancarkan ke atas kem-kem pelarian menyebabkan ramai syuhada' gugur dan meninggalkan lebih kurang 30,000 keluarga yang berhajat dan tanpa ketua keluarga.

3) Warga Emas:
Tidak terdapat apa-apa bantuan untuk warga emas samada dari UNRWA atau pertubuhan NGO.

4) Pemuda-Pemudi:
Jumlah Pemuda-Pemudi di kem-kem pelarian ialah sebanyak 35%. Kebanyakan mereka mengalami masalah pengangguran dan tidak mampu menyambung pelajaran.


KEADAAN PENDIDIKAN:

1) Jumlah pelajar yang meninggalkan sekolah ialah 15% peratus daripada pelarian Palestin.

2) Bilangan sekolah tidak mengcukupi untuk menampung pelarian Palestin. Bilangan pelajar dalam satu kelas mencapai kepada 50 orang dalam satu kelas.

3) Pihak UNRWA telah menghentikan pemberian kertas-kertas bagi pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan bertambahnya bebanan kewangan bagi keluarga pelajar pelarian Palestin.

4) UNRWA tidak memiliki melainkan satu Maktab Latihan Kemahiran. Penerimaan pelajar setiap tahun tidak lebih daripada 30% daripada mereka yang mengemukakan permohonan. Keseluruhan cawangan maktab hanya dapat menempatkan 650 orang pelajar sahaja.


KEADAAN KESIHATAN:

- Terdapat pusat rawatan yang dikendalikan oleh UNRWA di kem-kem pelarian.

- Nisbah seorang doktor menerima pesakit ialah sebanyak 14 pesakit dalam satu jam.

- Waktu operasi pusat rawatan hanyalah pada waktu subuh sahaja.

- Rawatan dan medical check tidak dibuat dengan penuh tanggungjawab kerana ia dilakukan dengan segera dan kadang-kadang hanya bergantung kepada soalan dan jawapan tanpa pemeriksaan di makmal dan seumpamanya.

- Nisbah pesakit bagi setiap katil di hospital khas UNRWA yang rendah mutu perkhidmatan dan tahapnya ialah 1,300 pesakit bagi setiap satu katil. Ini menunjukkan di sana terdapat senarai giliran menunggu untuk memasuki hospital yang memudharatkan pesakit dan menjejaskan nyawa mereka dalam tempoh menunggu giliran untuk memasuki hospital.

- Terdapat banyak penyakit merbahaya, dan hanya sebahagian kecil sahaja dari setiap kos rawatan yang tinggi dibiayai oleh pihak UNRWA, seperti kanser, pemindahan organ dan lain-lain.

- Pihak UNRWA juga menolak kes pembedahan hati, kanser dan buah pinggang bagi mereka yang berumur 60 ke atas.


0


KEADAAN EKONOMI:

Kem-kem pelarian ialah penempatan yang berdekatan dengan kawasan-kawasan penempatan rakyat Lubnan yang sesak dengan penduduk dan dikeliling oleh bandar-bandar. Di kem-kem tersebut tidak ada kilang, syarikat dan tempat pertanian yang menyebabkan penduduk kem bergantung kepada kerja-kerja dalam bidang berikut:

1- Bidang perniagaan: kedai-kedai runcit, sayur-sayuran, daging, sandwich, pakaian, peralatan elektrik dan seumpaamanya.

2- Bengkel kemahiran: salon gunting rambut, bengkel membaiki kereta, elektrik dan seumpamanya.

3- Rawatan dan farmasi.

4- Pegawai dalam UNRWA yang jumlahnya amat sedikit.

5- Pegawai dalam badan-badan dan yayasan-yayasan swasta di Lubnan yang jumlahnya amat sedikit disebabkan undang-undang Buruh di Lubnan yang tidak mengizinkan.


Keadaan ekonomi pelarian Palestin semakin buruk selepas awal 90-an disebabkan perkara-perkara berikut:

1- Peperangan Teluk kali ke 2.

2- Sumber bantuan dihentikan untuk pelarian Palestin apabila bermulanya perjanjian damai di Oslo yang mengakibatkan banyak yayasan dan syarikat ditutup.

3- Undang-undang dan peraturan Kerajaan Lubnan memburukkan lagi ekonomi pelarian Palestin seperti:

- Undang-undang Buruh Lubnan yang menganggap pelarian palestin adalah orang asing bahkan lebih teruk lagi.

- Undang-undang Buruh Lubnan menghadkan kerja-kerja tertentu untuk rakyat Lubnan sahaja iaitu 70 % daripada jenis pekerjaan.


4- Kemerosotan dan kekurangan perkhidmatan yang diberi oleh pihak UNRWA jika dibandingkan dengan bertambahnya keperluan oleh pelarian Palestin.



SUMBER: Humanitarian Relief For Development Society
 
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....