Artikel
Dihambat Maut- Abumohd -



 
Tidak dijangka sama sekali, ibu kepada seorang bayi Palestin, Karim Misri, menetap di Selatan Bandar Jenin, usahanya mencari nafkah mengakibatkan kematian anaknya yang masih kecil, mati dalam kebakaran, dalam keadaan kesukaran dan kepayahan hidup mencari rezeki beliau bersama suaminya terpaksa bekerja di luar untuk menampung tanggunggan selepas sumber rezeki mereka di tutup di Tebing Barat.

Keluarga Misri keluar di pertengahan bulan April mencari sumber pekerjaan, ladang pertanian di tengah Palestin 48, menjadi pilihan warga Palestin dari Tebing Barat mencari sumber pekerjaan walaupun tanpa permit kerja, kerana rejim Zionis Israel sendiri tidak akan mengeluarkan permit kepada mereka untuk bekerja.

Nas’at Misri - bapa bayi tersebut menjelaskan betapa sukarnya kehidupan mereka, masih tinggal dalam khemah-khemah pelarian yang usang sepanjang musim, kefakiran menuntut mereka mencari sumber rezeki yang halal, memaksa ayah, ibu dan anak-anak mereka dihambat untuk bekerja, itu belum lagi mengira bagaimana mereka terpaksa berhadapan dengan hambatan tentera rejim Zionis Israel yang sentiasa mencari alasan untuk menghalau mereka dari khemah yang diduduki.

27 April 2012, semasa ketiadaan ibu bapa mereka pergi bekerja, dan dalam keletihan seharian kesusahan mereka bekerja, khemah kecil mereka terbakar bersama bayi kecil yang tidak berdosa dan belum mengenal erti kehidupan. Sudah jatuh ditimpa tangga, inilah musibah yang menimpa keluarga malang ini, kesukaran dan kesengsaraan menyara kehidupan keluarga di tambah lagi dengan kematian bayi yang masih kecil.

Kemalangan yang kerap
Kejadian yang menimpa keluarga Misri ini adalah salah satu contoh kepada keadaan sebenar rakyat Palestin yang merempat di bumi sendiri, masih tinggal di dalam khemah pelarian bantuan yang berwarna putih – benar-benar khemah !!! – di wilayah 48, bekerja dalam keadaan paling sukar, tanpa ada jaminan perlindungan undang-undang, bayang-bayang tentera rejim Zionis Israel terus mengejar mereka.

Mohammed Jarad dari Bandar Silah Harithiah, dan Husain Osman (60 tahun), kedua-duanya mati dalam insiden kebakaran di bandar Umm al-Fahm, wilayah 48 dan ini adalah contoh-contoh terbaru yang berlaku di bumi Palestin di wilayah 48.

Hussein Osman, keluar seawal pagi untuk ke tempat kerjanya di bandar Umm al-Fahm sebagai buruh binaan, seperti biasa Hussein tidak mempunyai permit kerja dari pihak rejim Zionis Israel, bertekad berjalan menyusuri tembok pemisah ke bandar Umm al-Fahm sejam perjalanan, walaupun sebenarnya hanya 10 minit tanpa tembok pemisah.

Sebagaimana ribuan penduduk Palestin cuba mencari pekerjaan tanpa permit di Umm al-Fahm walaupun terpaksa melalui jalan yang sukar dan berbahaya, Hussein tetap meneruskan perjalanannya walaupun berhadapan dengan maut yang menantinya, kehidupan tetap mesti diteruska, kerana Hussein mengetahui syarat-syarat penderitaan tidak terhad kepada risiko diperjalanan itu sahaja.

Begitu juga kisahnya dengan Jaradat, setelah selesai pekerjaan disiang hari, beliau bersama-samanya ribuan pekerja lain terpaksa bermalam dibangunan bengkel yang tidak ada pintu dan dinding, menghabiskan malam agar mudah pergi bekerja untuk keesokan harinya, bersama kesejukan malam di bandar berbukit yang mencengkam tanpa belas ikhsan, Jaradat bersama rakan-rakannya menghidupkan api, tetapi Allah lebih mengasihi beliau, secara tiba-tiba api menyambar tubuhnya, kematiannya tidak diketahui oleh sesiapa pun pada malam tersebut kecuali keesokan harinya... peristiwa berlaku pada tarikh 12 April 2011.

Melarikan diri dari Kematian
Mohammed Bashar menceritakan kisah rakan sebayanya, Nadzir Bani Odeh, ketika polis rejim Zionis Israel memberitahunya “Kami dapati rakan anda telah meninggal dunia, tolong bagitahu ahli keluarnya”.

Peristiwa berlaku pada 18 April 2011, beliau didakwa mati kerana mengalami serangan jantung ketika dikejar oleh polis kerana tidak mempunyai permit kerja.

Nadzir ketika bekerja di sektor buruh binaan, diserbu polis yang memaksa beliau melarikan diri bersama pekerja-pekerja lain, meninggal dunia di tempat kejadian, pihak polis menutup fail dan menghantarnya balik mayat kepada ahli keluarganya.

3 Februari 2012, Essam Mohammed Ali Saleh (50 tahun), dari Kampung Kafr Dan, Barat Jeninm ditemui mati dalam keadaan mengerikan di sebuah bangunan yang terbengkalai di bandar Umm al-Fahm, siasatan yang dijalankan menunjukkan punca kematian tidak diketahui.

Hussein Abdel Rahman, dari bandar Qabatiya, Timur Jenin meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat 7 ketika melakukan kerja-kerja binaan di Sakhnain, Ekka, akibat tidak ada prosedur keselamatan oleh penggendali buruh rejim Zionis Israel, meninggalkan balu dan seorang anak kecil.



 
Sumber: Felesteen   |   Catatan: Abumohd   |   3 Mei 2012
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....