Artikel
64 musibah dan bencana dari kawan dan lawan- Abumohd -



 


Tahun 1948 adalah yang malapetaka yang dilakukan oleh tangan-tangan jahat Zionis Israel, tetapi kemudiannya beralih ke tangan pemerintahan negara-negara Arab dan rakyat Palestin sendiri, dimana berlaku konspirasi menggagalkan tertegaknya negera Palestin di atas saki baki tanah Palestin selepas Nakba yang kedua.

Nakbah ke-3 berlaku pada tahun 1950 apabila Tebing Barat cuba diserapkan ke Jordan. Nakbah ke-4 , Jordan enggan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Jordan, menentang perjuangan rakyat Palestin terutamanya menentang pengeboman berani mati dikalangan pejuang-pejuang Palestin adalah Nakbah ke-5, gencatan senjata dengan Israel ke atas semua negara-negara Arab Nakba ke-6, kekalahan dalam perang 1967 Nakbah ke- 7, pembubaran revolusi Palestin Nakbah ke-8, Perjanjian Kem David tahun 1978, Nakbah ke- 9.

Revolusi Lubnan, pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Lubnan dibawah naungan negara-negara Arab, sehinggalah pada tahun 1975, Majlis Kebangsaan Palestin mula meluluskan draf penyelesaian perjuangan rakyat Palestin, 1988 pengumuman bayangan negara Palestin di Algeria, perjanjian Oslo 1993, perjanjian Kaherah 1994, perjanjian Wadi Arbah Israel-Jordan 1994, Konvensyen Ekonomi Paris, Konvensyen Wye River, kesemuanya merupakan malapetaka-malapetaka yang datang bersilih ganti, sehinggakan penyediaan gaji kakitangan Palestin pada setiap bulan akan dijadikan isu malapetaka, apatah lagi tindakan-tindakan pejuang Palestin untuk membebaskan negara mereka dikaitkan dengan keganasan.

Walaupun rakyat Palestin telah dan akan melalui malapetaka-malapetaka yang banyak, tetapi mereka boleh berbangga memperkenalkan dan membawa Nakba yang panjang ini ke dunia politik antarabangsa, kerana ia akan menunjukkan kemenangan rakyat Palestin walaupun terpaksa berhadapan dengan Nakba, sehingga ianya menjadi salah satu pencapaian terbesar kemenangan Palestin, walaupun terdapat disana tanda-tanda kelemahan, tetapi ia tetap menjadi perjuangan masyarakat, budaya, politik, walaupun mereka terpaksa merengkok di dalam penjara bertahun-tahun lamanya mereka tetap tanpa merasa malu, yang memalukan hanyalah sikap membisu para pemimpin arab dan Islam yang sanggup tunduk kepada kehendak Israel.



 
Sumber: Dr. Faiz Abu Shamalah   |   Catatan: Abumohd   |   16 Mei 2012
 |  
 |  
Sila tunggu sebentar....